top of page

Pelan Pendidikan baharu 2026-2036 penuhi keperluan masa depan



Pelan Pembangunan Pendidikan Masa Depan Malaysia 2026-2036 dirangka untuk memperkukuh sistem pendidikan selaras dengan keperluan masa depan.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, semua sesi utama libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk pakar telah selesai pada bulan lepas dan menjelang penghujung tahun ini proses itu akan memuktamadkan input sebelum dilaksanakan.


Dijangka digunakan pada 2026, pelan baharu itu akan menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang akan berakhir tahun ini dengan memberikan tumpuan kepada pelbagai pembaharuan yang bertujuan meningkatkan kualiti, kebolehcapaian dan kerelevanan pendidikan untuk pelajar di seluruh negara.


Antara bidang utama yang diketengahkan ialah pemberian autonomi yang berdasarkan garis panduan kepada sekolah, pembangunan pelajar, penerapan dan pelaksanaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam proses pembelajaran dan pengajaran.


"Pelan berkenaan juga untuk menangani cabaran seperti buli serta isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar dan pendidik selain isu berkaitan kesaksamaan dan jurang pendidikan," katanya.


Fahlina sebelumnya menghadiri sesi forum bertajuk "Education Reform: Raising the Floor" di Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 di Kuala Lumpur pada Khamis.


Sementara itu Fadhlina sebagai mengulas pembangunan kurikulum baharu berkata, ia akan menumpukan kepada pengukuhan bahasa Inggeris sambil terus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menumpukan kepada empat bidang utama: Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), serta memperluas pendidikan prasekolah.


"Kami juga bakal memperkenalkan kurikulum baharu dan ia akan melibatkan 50-50 penggunaan bahasa, bermakna 50 peratus bahasa Melayu dan 50 peratus bahasa Inggeris.


"Ini sangat penting untuk mendedahkan anak-anak kita kepada nilai dan penggunaan kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris di peringkat awal," katanya dipetik.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page