top of page

Pelan jangka panjang perkasa pertahanan angkasa sedang dirangka



Pelan jangka masa panjang sedang dirangka untuk memperkasakan keupayaan sistem pertahanan angkasa negara.


Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, pelan itu akan bermula pada 2030 hingga 2044 meliputi pelancaran Satelit Ketenteraan Negara bagi menyokong Sistem Pertahanan Angkasa.


"Sistem itu meliputi pelbagai elemen termasuk pertahanan satelit yang melindungi satelit daripada ancaman senjata antisatelit (ASAT), serpihan angkasa dan serangan siber serta Space Situational Awareness (SSA) yang memantau angkasa untuk menjejak objek dan pengesanan aktiviti.


"Selain itu, ia juga dilengkapi sensor berasaskan angkasa yang menggunakan penderia di angkasa untuk mengesan pelancaran peluru berpandu, letupan nuklear dan ancaman lain bagi memberi amaran awal dan meningkatkan kesedaran situasi kepada negara," katanya dipetik di Dewan Negara pada Rabu.


Beliau sebelumnya menjawab pertanyaan seorang Ahli Dewan berkaitan sejauh mana kementerian itu bergerak ke arah pembangunan sistem pertahanan angkasa.


Ia memandangkan teknologi pertahanan angkasa berteraskan teknologi satelit dan kecerdasan buatan (AI) kini banyak dibangunkan dan diterima pakai oleh kuasa besar dunia.


Sementara itu Adly turut memaklumkan Dewan Negara bahawa perancangan untuk memiliki sistem pertahanan angkasa pada masa terdekat akan difokuskan kepada keupayaan bersifat defensif terlebih dahulu.


Pertimbangan untuk negara memiliki keupayaan ofensif seperti sistem serangan peluru berpandu berasaskan angkasa memerlukan peruntukan yang lebih besar dan perlu dilaksanakan apabila negara memiliki keupayaan kewangan yang lebih baik pada masa akan datang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page