top of page

Pelan Induk perkasa kawalan sempadan dibangunkan - Menteri KDN



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang membangunkan Pelan Induk KDN Berhubung Kawalan Keselamatan Sempadan Negara.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia sebagai usaha pengukuhan kawalan keselamatan di sempadan melalui pembangunan strategi dan pelan tindakan bersepadu, membabitkan KDN dan agensi kawalan sempadan lain.

"Fokus strategi dirangka untuk memperkukuh kawalan keselamatan sempadan akan dilaksanakan secara pemusatan kepada lima sempadan hadapan negara.

"Lima sempadan hadapan negara itu masing-masing utara (Kedah, Perlis dan Perak); timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang); selatan (Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor); Sabah dan Sarawak," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis.


Terdahulu beliau menjawab soalan Mordi Anak Bimol (PH-Mas Gading) mengenai bidang kuasa dan kerjasama semua agensi kawalan sempadan membanteras aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan larangan yang semakin berleluasa di sempadan Sarawak-Indonesia.


Sementara itu sebagai mengulas mengenai Sistem Kawalan Sempadan Negara (NBCS), Saifuddin berkata KDN sedang melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Sistem Kawalan NBCS seiring usaha memperkasa penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi kawalan keselamatan sempadan.


"Pembangunan sistem NBCS ini akan dilengkapi sistem pengawasan terkini dan teknologi AI bagi membolehkan operasi tanpa pengawasan, proses kawalan pintar, penyebaran maklumat secara pantas dengan masa sebenar dan pengawasan sepanjang masa secara berterusan.


"Ia bertujuan melindungi sempadan darat dan maritim negara demi keamanan, kestabilan dan kedaulatan negara," tambahnya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page