top of page

Pelan Hala Tuju Gas Asli akan dilancarkan - Rafizi



Kementerian Ekonomi bercadang melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga tahun 2025.


Menterinya, Datuk Seri Rafizi Ramli ketika berucap di Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) di Kuala Lumpur pada Khamis berkata, pelan hala tuju itu juga akan memberi tumpuan kepada akses pembiayaan dan infrastruktur gas.


Tambah beliau, pelan tersebut dijangka akan meningkatkan pelaburan ke dalam sektor itu selain memastikan industri gas kekal berdaya saing dan membantu negara memanfaatkan RM52 bilion yang disumbangkan gas asli kepada ekonomi.


"Pelan Hala Tuju Gas Negara merupakan elemen penting dari perspektif tenaga untuk memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing pada masa hadapan sekiranya berlaku kekurangan gas pada masa hadapan.


"Terdapat beberapa aspek yang perlu diperkukuh, dan ini melibatkan mekanisme pasaran gas dan pelaburan infrastruktur," katanya dipetik.


Rafizi pada November memaklumkan pengeluaran minyak dan gas di Semenanjung semakin merosot, manakala sumber baharu banyak ditemukan di Sabah dan Sarawak.


Beliau memberi amaran Malaysia boleh bergantung sepenuhnya pada tenaga gas yang diimport menjelang 2050, yang membawa kepada peningkatan kos sara hidup, melainkan negara melipatgandakan usaha beralih ke sumber tenaga mampan.


Justeru tegasnya, mekanisme pasaran gas dan struktur pelaburan pemain utama perlu diperkukuh untuk mengelakkan potensi kekurangan gas.


Selain itu Malaysia mesti bersaing dengan trend yang lebih luas, termasuk keperluan tenaga yang semakin meningkat didorong oleh alternatif yang lebih bersih.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page