top of page

Pelan baharu pendidikan mendepani cabaran teknologi terkini



Oleh: Akmal Manaf


Pelan pendidikan yang baharu sedang dirangka bagi memperkukuhkan lagi sistem pendidikan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan masa depan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.


Beliau berkata, secara rangkumannya hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026-2035 untuk 10 tahun akan datang dicorakkan agar sistem pendidikan negara bersedia mendepani cabaran teknologi global.


''Cabaran itu terutamanya daripada segi ledakan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) tanpa mengenepikan tumpuan ke arah pengukuhan nilai-nilai intrinsik murid demi kelangsungan generasi modal insan masa depan.


''Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga komited untuk melaksanakan agenda reformasi pendidikan yang menjadi asas dan panduan utama dalam melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara secara menyeluruh dan dinamik,'' katanya di Dewan Negara, hari ini.


Menurut Fadhlina lagi, terdapat enam agenda lembaran reformasi pendidikan yang digerakkan KPM bagi menginjak hala tuju pendidikan negara berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.


Katanya, reformasi itu adalah penyelarasan pra sekolah, intervensi kurikulum, pemerkasaan STEM, TVET dan pendidikan digital, serta memartabatkan Bahasa Melayu dan mengukuhkan Bahasa Inggeris, sekali gus memastikan pendidikan bergerak tangkas seiring perubahan semasa dan keperluan masa depan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page