top of page

Pelan baharu 5G: Penting rakyat mendapat harga internet berpatutan



Pelan terbaharu dalam memecahkan monopoli Digital Nasional Berhad (DNB) bagi memberi peluang lebih banyak pemain telekomunikasi menjadi pembekal spektrum 5G di Malaysia adalah bagi memastikan caj internet berpatutan dan boleh dilanggan oleh semua rakyat.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil dalam sidnag media petang tadi.


Fahmi berkata, keputusan hari ini adalah yang terbaik buat pemain pemain telekomunikasi dan juga rakyat terbanyak.


"Ini bukan keputusan Kementerian Komunikasi dan Digital (bersedirian), sebenarnya ini adalah hasil daripada kerjasama Kementerian Kewangan dan KKD di mana kita diarah menubuhkan jawatakuasa dan meneliti pelbagai model dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, dan keputusan hari ini dicapai.


"Apa yang PM sebut (awal tahun ini) adalah syarat secara am yang akan menjadi tunjang atau teras kepada usaha dalam pelaksanaan rangkaian 5G Fasa 1 dan 2. Di antaranya ialah harga berpatutan kepada rakyat dan itu yang paling penting," katanya selepas membacakan kenyataan bahawa DNB hanya akan menjadi pemain tunggal sehingga capaian 5G sampai ke tahap 80% di kawasan berpenduduk, selepas itu Fasa 2 akan bermula.


Mengenai alasan keputusan itu dibuat, Fahmi berkata pihak jawatankuasa mendapati perkhidmatan dwirangkaian lebih baik berbanding rangkaian tunggal sebagaimana dicadangkan kerajaan sebelum ini.


Katanya, dwirangkaian juga akan meningkatkan kapasiti, memastikan kelajuan kekal baik dan sekiranya berlaku gangguan pada satu rangkaian maka wujud rangkaian lain yang menyokong perkhidmatan.


Tambah beliau, dengan keputusan hari ini, pihak pihak yang terlibat iaitu penyedia perkhidmatan akan memulakan perbincangan lanjut bersama kerajaan.


"Yang penting waktu ini pihak kerajaan dengan penyedia perkhidmatan akan bekerjasama bagi memastikan pelaksanaan rangkaian 5G oleh DNB berjaya mencapai seperti yang kita telah tandatangani dalam kontrak iaitu 80% (capaian di kawasan berpenduduk).


"Keputusan dibuat hari ini, pihak kerajaan dan pihak terlibat akan memulakan siri perbincanagn dengan semua pihak, misalnya yang menyediakan dana bagi usaha ini," katanya.


Manakala persoalan mengenai kebimbangan pihak Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang ditimbulkan kemungkinan Malaysia akan membenarkan syarikat teknologi China terlibat dalam penyediaan 5G akan ditangani dalam perjumpaan beliau bersama pihak duta duta asing.


"Saya akan mengadakan pertemuan dengan semua duta asing yang berminat dalam isu ini. Yang penting ditegaskan bahawa sebagai negara berdaulat Malaysia mempunyai hak dan kuasa menentukan dasar dalam negara kita sendiri tanpa kacau ganggu atau keterlibatan mana mana pihak lain.


"Tetapi saya percaya sebarang keputusan pihak kerajaan bukan hanya mendatangkan manfaat kepada rakyat, memacu ekonomi tetapi dalam keadaan yang harmoni dengan isu antarabangsa. Saya percaya bila kita adakan penjelasan dengan pihak terbabit mereka akan faham dengan pendirian kerajaan Malaysia," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page