top of page

Pelaksanaan subsidi diesel boleh henti masalah penyeludupan - Onn



Oleh: Abdullah Zaid


Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang akan bermula dalam masa terdekat perlu dilakukan bagi menangani penyeludupan bahan api itu yang semakin parah dan membimbangkan.


Menurut Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, penggunaan diesel bersubsidi yang meningkat secara mendadak bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini dilihat tidak bersesuaian dengan peningkatan jumlah kenderaan diesel yang hanya sekitar 2.4% sahaja.


Malah, katanya, perbandingan harga diesel di antara Malaysia dan Thailand yang begitu ketara turut memainkan peranan berlakunya masalah penyeludupan lintas sempadan.


"Kita perlu lihat perbezaan harga diesel di Malaysia sekitar RM2.15 berbanding Thailand RM4.45. Perbezaan ketara ini sudah cukup (menjelaskan) mengapa aktiviti penyeludupan diesel selalu berlaku," katanya kepada Suara Keadilan.


Oleh itu, kata Onn, tidak wajar kerajaan meneruskan pendekatan pemberian subsidi pukal kerana hal itu akan lebih menguntungkan individu tidak bertanggungjawab yang menjualnya di pasaran gelap berbanding golongan sasar.


"Limpahan manfaat daripada pemberian subsidi pukal sejak sekian lama ini telah dibazirkan dan negara mengalami kerugian

berbilion ringgit.


"Sepatutnya ia memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan seperti kelompok yang kurang berkemampuan, para petani dan nelayan bukan disalahgunakan oleh pihak tertentu yang mengambil kesempatan.


"Sebab itu langkah subsidi bersasar diesel perlu dilaksanakan supaya masalah penyeludupan dan ketirisan ini tidak terus berleluasa," katanya yang juga Setiausaha Politik Presiden KEADILAN.


Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan baru baru ini memaklumkan pembiayaan subsidi diesel yang ditanggung kerajaan meningkat 10 kali ganda daripada RM1.4 bilion pada 2019 kepada RM14.3 bilion pada tahun 2023.


Justeru itu, kata Amir, langkah kerajaan menyusun penyasaran subsidi diesel menerusi Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) dilihat mampu menangani masalah tersebut.


Inisiatif pemberian subsidi bersasar RM200 secara bulanan kepada yang layak, katanya, akan menangani perbezaan antara harga runcit di pam dan harga pasaran selepas harga diesel diapungkan.


"Apabila kita apungkan harga, jurang harga berbanding negara jiran juga berkurangan, seterusnya tidak berbaloi untuk diseludup," katanya dipetik.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page