top of page

Pelajar IPTA, vokasional baharu terima sumbangan RM50 pelaburan ASB/ASM



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian dana awal sejumlah RM50 juta kepada sejuta pelajar baharu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Celik Kewangan Belia MADANI.


Perdana Menteri berkata, melalui program itu, kerajaan akan mengkreditkan nilai pelaburan permulaan percuma sebanyak RM50 ke dalam akaun pelajar termasuk penuntut di kolej vokasional.


"Sasaran Celik Kewangan Belia MADANI adalah 200,000 pelajar setahun yang dibahagikan sama rata antara Permodalan Nasional Berhad (PNB), syarikat korporat dan kerajaan.


"Sebanyak 50 peratus daripada sumbangan RM50 kepada pelajar adalah daripada dana kerajaan, manakala baki ditaja PNB dan syarikat korporat lain. Berdasarkan mekanisme inisiatif itu, RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia (ASM) pelajar IPTA, di mana nilai ini akan dikunci bagi tempoh lima tahun," katanya dipetik ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam, Selangor semalam.


Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata inisiatif itu dibangunkan bagi memastikan golongan belia mula merancang pengurusan kewangan mereka pada usia muda dan terus menyimpan dan melabur bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) selepas tamat pengajian.


Katanya, program itu bukan saja program kecelikan tetapi memenuhi satu kerangka dasar penting dalam negara iaitu mengurangkan ketidakseimbangan golongan kaya dan miskin.


"Ia juga menyelamatkan negara daripada keresahan golongan yang merasakan mereka terpinggir," katanya.


Dalam pada itu, PNB dalam kenyataan berkata sepanjang fasa lima tahun itu, pelajar akan digalakkan untuk membuat simpanan berulang yang kecil setiap bulan untuk memupuk tabiat menabung.


"Berasaskan sumbangan nilai pelaburan percuma sebanyak RM50 dan diandaikan pulangan dividen sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 5.5% setahun, di mana apabila pelajar membuat simpanan tambahan RM20 sebulan selama empat tahun sepanjang tempoh pengajian dan nilai simpanan ditambah ke RM100 sebulan ketika mula bekerja, mereka akan mempunyai simpanan terkumpul melebihi RM10,000 dalam tempoh 10 tahun, jika tiada pengeluaran dibuat," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page