top of page

Pelajar IPT boleh akses maklumat kementerian, agensi dalam dua minggu



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyiapkan akses maklumat serta kajian sedia ada pada peringkat kementerian dan agensi kerajaan, bagi penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).


Arahan itu dinyatakan pada sesi Temu Anwar sempena Majlis Perasmian 'Malaysia Artificial Intelligence Nexus - Boosting The Future' di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada Jumaat.


Menurutnya, akses melalui pengkomputeran awan dengan penyelarasan oleh MOSTI, dan inisiatif terbabit bakal memperkasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) di negara ini.


"Perkara ini penting supaya kita tahu kalau nak buat pinjaman atau maklumat lain… sediakan format ringkas untuk disampaikan.


"Berikan kita dua minggu untuk semua universiti terima... yang akan koordinasi ialah Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)," katanya dipetik.


Terdahulu beliau menjawab soalan wakil pelajar berhubung kesediaan negara mempersiapkan kemudahan komputer berprestasi tinggi yang boleh diakses secara berpusat atau dalam talian.


Pada sesi sama, Perdana Menteri turut ditanya sama ada kerajaan akan memberi insentif kepada mahasiswa yang melanjutkan pelajaran dalam bidang AI.


"Untuk pelajar yang mengambil bidang AI, kita menyediakan kemudahan dan latihan terbaik. Elaun sedia ada dikekalkan dan melihat kepada prestasi semasa mereka," jelasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page