top of page

Pelaburan Tesla: Pemimpin Pas jangan sindir, bangunkan dahulu Kelantan



Pemimpin Pas tidak perlu menyindir kononnya usaha Perdana Menteri menarik pelaburan dari syarikat Tesla telah gagal berikutan syarikat itu menarik diri daripada meneruskan pelaburan di Asia Tenggara termasuk Malaysia.


Menurut Mohd Hisyamuddin Ghazali atau dikenali sebagai Syam Ghaz, kritikan terbaharu Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari mengenai pelaburan Tesla itu tidak berasaskan fakta.


Katanya, Telsa sendiri mengakui bahawa pelaburan mereka tidak dikembangkan di Asia Tenggara berikutan masalah ekonomi serantau dan dunia serta pasaran kereta elektrik (EV) yang kini didominasi produk buatan China, bukan lagi dikuasai Tesla.


"Kenapa Tesla tidak jadi buka kilang di Malaysia, Thailand dan Indonesia, agaknya Fadhli tidak sempat baca kot


"Kejatuhan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) menjadi penyebab,10% penurunan dalam nilai AS$ sejak awal tahun 2024 menyebabkan Tesla berhati-hati dalam pelaburan luar negara


"Kekuatan ekonomi China juga diambil kira.15% peningkatan dalam pengeluaran kenderaan elektrik di China menyebabkan Tesla lebih berhati-hati dalam persaingan global, terutama di Asia


"China kuasai industri EV dunia pada waktu ini," katanya di Facebook.


Syam membandingkan pengeluaran China sebanyak 3 juta unit EV jenama BYD, NIP dan XPENG berbanding Amerika Syarikat hanya 1.2 juta unit jenama Tesla, Rivian, manakala Jepun tercorot dengan 350 ribu unit jenama Nissan dan Toyota.


"Bagi saya tidak perlulah sampai menyindir, sebab itu (tidak buka kilang) keputusan syarikat Tesla.


"Jika nak menyindir, negeri Kelantan lagi banyak masalah dan YB YB Pas tidak mampu menarik pelabur pun hingga ekonomi Kelantan sangat teruk, tapi YB YB Pas bermewah-mewah dengan kereta besar, gaji dan rumah besar.


"Rakyat nak makan dan cari pekerjaan pun susah," katanya lagi.


Syam juga menyarankan agar Fadhli bantu bangunkan ekonomi Kelantan duhulu daripada sibuk menyindir Kerajaan Persekutuan.


Pertama, katanya bangunkan 'Stesen Bas Kandang Lembu' dibina sejak 2008 di Lembah Sireh, Kota Bharu sampai sekarang 2024 masih tidak dinaik taraf. Setiap kali pilihanraya katanya, dilakukan pecah tanah untuk gimik menarik pengundi tetapi selepas pilihanraya projek tidak diteruskan.


Juga, katanya, KDNK Kelantan pada 2023 tangga ke 11 tercorot, diikuti Kedah, Terengganu dan Perlis.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page