top of page

Pelaburan RM1 bilion rangsang tanaman padi di Sarawak patut dipuji



Pelaburan besar Kerajaan Negeri Sarawak dengan menyediakan peruntukan RM1 bilion untuk tanaman padi di negeri itu seharusnya dipuji.


Menurut Ketua Biro Pertanian KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, usaha bagi meningkatkan industri pertanian sebagai asas keselamatan makanan negara seharusnya disokong kerana ianya akan mampu membekalkan makanan secukupnya kepada penduduk negeri dan boleh pula dijual ke Semenanjung.


"RM1 billion pelaburan untuk tanaman padi yang diumumkan oleh Primier baru baru ini adalah agenda besar Sarawak yang sangat wajar dan harus disambut baik oleh semua pihak.


"Semua mengetahui bahawa Sarawak sebagai sebuah wilayah yang sangat luas dan mempunyai keluasan tanah yang subur untuk diusahakan dengan pelbagai industri pertanian.


"Usaha Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah pelaburan yang besar itu patut dipuji dan dalam masa yang sama kita memohon Kerajaan dapat membuka peluang ini kepada sebanyak mungkin kawasan di seluruh negeri, dan tidak tertumpu ke kawasan tertentu sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Abang Zulkifli berharap rakyat Sarawak tidak melepaskan peluang untuk mengambil inisiatif menyertai projek pertanian skala besar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri serta membuat cadangan cadangan untuk menambah baik dari segala segi.


Selain itu, Ketua Cabang KEADILAN Batang Lupar itu juga berharap Kerajaan Persekutuan dan negeri membantu meningkatkan taraf petani sara diri sedia ada dalam mengusahakan kawasan yang lebih luas.


"Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri disaran terus memberi sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada golongan petani sara diri sedia ada supaya terus diperkasakan.


"Sekaligus berkecimpung dalam penanaman padi secara komersial dan mampu terlibat untuk membekalkan keperluan padi negara," katanya.


Selain tanaman padi, Abang Zulkifli dalam kenyataan itu turut menyarankan agar Kerajaan mengambil langkah merancakkan tanaman herba serta rempah ratus kerana Sarawak masih banyak bergantung kepada import dari negara luar seperti tanaman bawang dan halia.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page