top of page

'Pelaburan masuk alami peningkatan, tiada kaitan titah adendum'



Oleh: Akmal Manaf


Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin membangkitkan kononnya berlaku ketidak yakinan pelabur antarabangsa untuk masuk ke Bursa Malaysia berikutan tindakan kerajaan 'menyembunyikan' titah adendum tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak disangkal keras di Dewan Rakyat, hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hujah itu tiada kena mengena dengan ekonomi kerana pelaburan langsung asing ke Malaysia didapati meningkat sepanjang tahun lalu.


"Saya nak bangkitkan soal adendum kerana Ketua Pembangkang menyebut adendum menyebabkan pelaburan jatuh. Saya nak tanya angka ini dari mana?


"Pelaburan meningkat, jadi cakap itu tidak bertanggungjawab sebab itu kita jawab tegas, cakap mengarut tidak berdasarkan fakta. Kalau cakapnya bagi cadangan umpamanya cadangan Yang Berhormat Bursa Malaysia harus menjalankan reformasi, saya setuju, ada perubahan pimpinan Bursa Malaysia dengan maksud memberikan peluang reform.


"Ada cadangan awal tetapi saya setuju harus ditingkatkan tetapi kena faham juga dalam keadaan sekarang pun jumlah dagangan saham meningkat RM2 trilion. Jadi nak mengatakan ini sudah kehilangan keyakinan dan pelaburan, maknanya kalau jatuh satu soal, tetapi meningkat," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri-Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berpegang kepada fakta bahawa kadar pelaburan asing yang masuk ke Malaysia tidak mengalami menurun secara keseluruhan.


"Tentang pelaburan, tadi saya sudah bacakan semua angka.


"Daripada segi bon, pelaburan, pasaran saham dan keuntungan syarikat, semuanya menunjukkan peningkatan.


"Beberapa syarikat antarabangsa dan pelawat-pelawat antarabangsa, mereka melihat kepada angka itu sebagai perhatian mereka," katanya.


Terdahulu, Ketua Pembangkang mendakwa Bursa Malaysia bergerak perlahan selama beberapa tahun kebelakangan ini.


Ahli Parlimen Larut itu berkata, hal tersebut mungkin disebabkan polisi yang tidak mempunyai pembaharuan bagi menarik pelabur asing masuk menanam modal.


Sebaliknya, dalam jawabannya, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sempat berseloroh mengaitkan Hamzah dengan kemasukan pelaburan asing ke dalam negara.


"Nasib baik dia (pelabur) tak dengar Ketua Pembangkang (Hamzah).


"Kalau tak, tak datang dia (melabur ke Malaysia)," katanya mengakhirinya hujah.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page