top of page

Pelaburan Google bukti keyakinan pelabur ke Selangor



Pelaburan bernilai RM9.4 bilion oleh syarikat gergasi teknologi Google di Sungai Buloh, Selangor merupakan bukti keyakinan pelabur kepada potensi pembangunan negeri itu.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan dan Perdagangan Selangor, Ng Sze Han berkata, seiring pembangunan taman reka bentuk litar bersepadu (IC) dan semikonduktor di Puchong, pelaburan Google di Elmina Business Park itu turut meningkatkan daya tarikan Selangor termasuk tawaran kerja bernilai tinggi.

"Pelaburan Google untuk pusat data dan Google Cloud Region membawa kesan berganda kepada pelbagai industri terutama semikonduktor sekali gus mengukuhkan status Selangor sebagai pusat ekonomi negara


"Perancangan pembangunan ini bergantung kepada teknologi semikonduktor yang canggih berikutan penggunaan meluas merangkumi AI (kecerdasan buatan)," katanya dipetik Selangorkini.


Google baru-baru ini mengesahkan komitmen pelaburan sebanyak AS$2 bilion (RM9.4 bilion) bagi menyokong agenda kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara pada Khamis.


Ia susulan perbincangan diadakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet Inc (Alphabet), yang juga Ketua Pegawai Kewangan Google, Ruth Porat.

Melalui pelaburan itu, ia dijangka akan menyokong 26,500 pekerjaan merentasi pelbagai sektor antaranya bidang penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan dengan jumlah impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion (AS$3.2 bilion).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page