top of page

Pelaburan baharu di Pantai Timur cecah RM14 bilion



Pelaburan di Pantai Timur Semenanjung mencatat peningkatan pada tahun 2023 melibatkan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.


Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, hal itu merupakan suatu berita baik ke wilayah Pantai Timur yang kurang diminati para pelabur.


"Saya ingin berkongsi prestasi pelaburan yang direalisasikan dan pelaburan baru yang telah disahkan di Terengganu, Kelantan dan Pahang.


"Agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberi tanggungjawab merealisasikan pelaburan di Terengganu, Kelantan dan Pahang adalah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ataupun ECERDC," katanya dalam kenyataan.


Kenyataan itu menyebut Pahang merupakan negeri paling banyak menerima pelaburan RM10.2 bilion, Terengganu sebanyak RM3.1 bilion dan Kelantan RM0.1 bilion.


"Peluang pekerjaan yang diwujudkan dari pelaburan-pelaburan ini ialah sebanyak 8,841," katanya.


Manakala bagi tempoh yang sama iaitu Januari hingga November 2024, pelaburan baru yang telah dikemukakan kepada ECER bagi Terengganu, Kelantan dan Pahang ialah sebanyak RM8.7 bilion.


Iaitu Pahang RM5.4 bilion, Terengganu RM2.1 bilion dan Kelantan RM1.2 bilion. Peluang pekerjaan yang diwujudkan sebanyak 2,833 pekerjaan.


"Salah satu mandat Kementerian Ekonomi ialah memastikan pembangunan yang seimbang di semua negeri-negeri.


"Selain dari peruntukan persekutuan yang diberikan setiap tahun kepada Pahang, Terengganu dan Kelantan, Kementerian Ekonomi juga berusaha membawa pelaburan berskala besar melalui ECER," katanya lagi.


Di bawah Kerajaan Madani, biarpun dua negeri di Pantai Timur adalah pembangkang namun Kementerian Ekonomi melalui ECER akan terus membawa pelaburan baru ke negeri-negeri ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page