top of page

Pelaburan asing: Angka DOSM, MITI, kedua dua betul - Rafizi



Nilai pelaburan asing yang masuk ke Malaysia sengaja dikelirukan oleh pasukan media sosial atau laskar siber pembangkang sebagai 'penipuan terancang' yang dilakukan oleh kerajaan dengan cara mengubah angka dan statistik.


Mengulas hal itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, rakyat seharusnya berfikir secara logik dalam hal kemasukan pelaburan langsung asing (FDI), pembelian tanah oleh pelabur dan pembukaan kilang yang semua proses tersebut melibatkan agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Ekonomi melalui Jabatan Statistik (DOSM).


"Ada yang menuduh kerajaan menipu dan memanipulasi data membandingkan angka pelaburan berlainan yang diumumkan oleh MITI dan DOSM.


"Contohnya bagi tahun 2023, MITI mengumumkan jumlah FDI yang diluluskan RM188 bilion. Sedangkan statistik FDI yang dilaporkan oleh Jabatan Statistik (atau DOSM) hanyalah RM40 bilion.


"Sebenarnya, (hal yang terjadi) angka FDI yang dilaporkan oleh MITI dan DOSM merujuk kepada dua perkara yang berlainan," kata Rafizi dalam satu siaran media.


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN itu, MITI melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bertanggungjawab meluluskan permohonan pelaburan asing yang mana pelabur perlu mendapat kelulusan agensi berkenaan sebelum melabur untuk mendapatkan lesen mengilang atau kelayakan insentif.


Katanya, angka yang diumumkan MIDA adalah merujuk nilai pelaburan asing yang diluluskan bagi satu tahun.


Sedangkan, kata Rafizi, pelabur akan mengambil masa untuk membina kilang dan memulakan operasi, bergantung kepada pelan perniagaan mereka yang tidak akan membawa masuk modal secara sekali gus.


"Selalunya pelabur mengambil masa antara dua hingga empat tahun untuk mula beroperasi, dan modal dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat.


"Apabila modal dibawa masuk, ia memasuki sistem perbankan kita dan mempunyai kesan kepada pelbagai statistik rasmi negara, termasuklah imbangan pembayaran.


"DOSM yang bertanggungjawab mengeluarkan statistik melaporkan jumlah FDI (modal) yang telah dibawa masuk setiap tahun.


"Maknanya angka MITI menunjukkan jumlah keseluruhan FDI yang diluluskan tetapi akan dilaksanakan dalam beberapa tahun akan datang, manakala angka DOSM menunjukkan FDI tahunan yang masuk bagi projek-projek yang sedang berjalan," ujarnya.


Ataupun, kata Rafizi yang digelar pembangkang sebagai "Raja Formula" oleh pembangkang, rakyat boleh menyemak secara lebih mudah dengan menggunakan teknologi multimedia terkini, iaitu menggunakan ChatGPT.


Katanya, semakan di aplikasi tesebut lebih ringkas dan mudah untuk mengetahui jumlah pelaburan tanpa perlu pembangkang melemparkan fitnah kononnya kerajaan menipu berkenaan FDI.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentarer


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page