top of page

Pelaburan AS$2 bilion Google percepat proses transfromasi digital



Malaysia menyambut baik hasrat syarikat teknologi terkemuka dunia, Google untuk menyuntik pelaburan sebanyak AS$2 bilion di negara ini.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan itu akan dapat mempercepat dan melicinkan transfromasi digital negara.


"Saya menyambut baik satu lagi pengumuman pelaburan langsung asing ke Malaysia.


"Hari ini, Google iaitu sebuah syarikat teknologi utama dunia mengesahkan komitmen pelaburan sebanyak AS$2 bilion bagi menyokong agenda Kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara," katanya dalam kenyataan.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaburan itu dijangka membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar AS$3.2 bilion dan pewujudan sebanyak 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030.


Jelasnya pelaburan terkait pusat data yang pertama bagi Google di Malaysia dan pembangunan rantau Google Cloud menjadi bukti bahawa perencanaan Kerajaan yang jelas selain kekuatan ekonomi dan sumber negara menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur sedia ada serta baharu.


"Nescaya, ini meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama dalam penggunaan dan perkhidmatan sokongan bagi perkhidmatan berteraskan teknologi digital


"Dalam pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei yang lalu, saya telah tekankan bahawa selain dukungan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara umum, kerjasama strategik perlu ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian," kata Anwar.


Menurut beliau, hal itu penting bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan kemahiran dan pendekatan berteraskan teknologi terkini.


Terdahulu Google mengumumkan pelaburan bernilai RM9.4 bilion (AS$2 bilion) untuk menempatkan pusat data Google dan wilayah awan Google pertama di Malaysia.


Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) berkata pelaburan itu dijangka menyokong 26,500 pekerjaan merentasi pelbagai sektor dalam Malaysia termasuk dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan, dengan jumlah impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion (AS$3.2 bilion).

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page