top of page

Pelabur Bin Zayed International tarik diri bukti pentadbiran Sanusi gagal



Keputusan Bin Zayed International LLC (BZI) menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi membuktikan kegagalan serius pentadbiran Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari menerusi satu kenyataan berkata, projek bernilai RM 40 bilion yang diumum pada 2021 dan dicanang sebagai pemangkin kemajuan Langkawi itu kini berpotensi terbengkalai.


Justeru MB Sanusi tegas beliau perlu bertanggungjawab atas kegagalan tersebut dan tidak menuding jari kepada pihak lain apabila pelabur antarabangsa menarik diri.


"Kegagalan itu adalah hasil langsung daripada kurangnya perancangan strategik dan dasar yang lemah.


"Adakah ini pentadbiran yang mahu diamanahkan untuk membawa perubahan kepada Kedah?" soalnya.


Pada 2021, Widad Business Group Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik dengan BZI untuk membantu membangunkan pembangunan bercampur RM40 bilion yang dikenali sebagai Widad@Langkasuka di Langkawi.


Bagaimanapun media pada Jumaat mengesahkan syarikat konglomerat pelaburan global itu menarik diri dari projek tersebut dan memberi tumpuan kepada peluang yang lebih baik.


Sementara itu menurut Dr Mohammed Taufiq, Pengarah Urusan Kumpulan BZI, Sheikh Midhat Kidwai telah menyatakan syarikat itu tidak lagi melihat potensi keuntungan dalam projek berkenaan sejak tahun 2022.


Kenyataan itu, katanya, sebagai menunjukkan kegagalan Kerajaan Negeri dalam merancang dan mengurus projek mega yang melibatkan pelaburan besar.


"Lebih membimbangkan, pentadbiran Menteri Besar tidak mampu menyediakan asas infrastruktur dan polisi yang diperlukan untuk menarik serta mengekalkan keyakinan pelabur.


"Jika situasi ini terus berlanjutan, ia mungkin akan menjejaskan imej Kedah sebagai destinasi pelancongan dengan pelancong memilih untuk melawat lokasi lain seperti Thailand yang menawarkan infrastruktur lebih baik dan peluang pelancongan yang lebih menarik," kata beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah.


Dr Mohammed Taufiq juga menegaskan setiap kegagalan projek seperti itu membawa impak besar kepada ekonomi dan nama baik Kedah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page