top of page

Pekerja saran majikan sertai skim gaji progresif - Rafizi



Setelah berjaya melahirkan petani bandar di bawah skim Inisiatif Pendapatan Rakyat, menanam cili dengan pendapatan RM30,000 semusim, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini mahu pekerja menggesa majikan mereka menyertai skim gaji progresif yang dilaksanakan secara projek rintis oleh Kerajaan Madani.


Hal itu diuar uarkan oleh beliau melalui satu siaran video yang memberi pandangan balas kepada komen warga maya di media sosial sebagai "tidak mendapat apa apa daripada pertumbuhan ekonomi dan pengukuhan nilai ringgit"


Kata Rafizi yang digelar 'Raja Formula' oleh pembangkang itu, kerajaan pada waktu ini telah menyediakan kepada pekerja satu skim kenaikan gaji tanpa mereka perlu menukar pekerjaan.


"Ini cara nak naik gaji tanpa perlu tukar pekerjaan. Pastikan majikan anda menyertai skim gaji progersif yang kini sedang melalui projek rintis


"Langkahnya pertama, layari gajiprogresif.gov.my, kedua semak syarat, pastikan majikan anda layak sertai skim ini.


"Ketiga, semak tangga gaji progresif. Kalau gaji anda di bawah tangga gaji progresif, anda layak mendapat kenaikan gaji melalui skim ini. Kemudian jumpa HR syarikat anda dan minta syarikat anda mendaftar menjadi majikan gaji progresif," katanya.


Tegas Rafizi, kenaikan gaji seterusnya akan ditampung oleh kerajaan tertakluk kepada syarat kelayakan di bawah dasar gaji progresif.


"Kalau rasa gaji kita rendah ini peluang naik gaji.


"Jangan lupa semak gajiprogresif.gov.my," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page