top of page

Pekerja e-hailing, p-hailing disuruh ambil lesen GDL, membebankan - AMK



Pekerja e-hailing dan p-hailing (parcel hailing) tidak berpuas hati dengan saranan terbaharu Menteri Pengangkutan agar mereka mengambil lesen GDL yang digunakan untuk pemandu kenderaan pengangkutan berat untuk operasi penghantaran menggunakan motorsikal.


Menurut Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Bryan Ng Yih Miin, keputusan kerajaaan mengenakan syarat tersebut hanya akan menyusahkan lebih ramai pihak terutamanya penunggang p-hailing.


Sedangkan, katanya, para pekerja gig tersebut hanya mahu mereka diiktiraf sebagai pekerja sepenuh masa dan dilindungi oleh Akta Pekerja 1955 dengan penyediaan KWSP dan PERKESO.


"Amat tidak wajar kerajaan susahkan lagi pekerja e-panggilan ini dengan pelbagai kerenah birokrasi.


"Beberapa penunggang p-hailing telah menghubungi pihak kami dan meluahkan bantahan mereka terhadap cadangan Menteri Pengangkutan kerana ia akan membebankan dari segi kos dan masa.


"Rata-rata penunggang p-hailing yang mencari rezeki dengan pekerjaan ini, akan terpaksa cari pekerjaan lain kerana tidak mampu untuk mendapatkan lesen GDL.

"Piket penunggang p-hailing tempoh hari wajar menjadi amaran kepada kerajaan untuk kemukakan solusi yang pragmatik, berkesan dan menyeluruh. Bukan lain sakit, lain diubat, lain luka, lain dibebat," katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Ehailing Taskforce KEADILAN menambah, sepatutnya Kerajaan dan Kementerian Pengangkutan harus menggubal polisi yang mampan demi menjaga kebajikan semua pekerja p-hailing.


Tegasnya, regulasi dari pihak Kerajaan juga perlu dibuat untuk mengelak pertukaran dan perubahan skim pembayaran oleh syarikat korporat secara sesuka-hati.


"Termasuk rundingan di antara rider e-hailing atau p-hailing dengan syarikat berkaitan perlu dibuat untuk mengenal pasti isu asas supaya solusi yang efektif dapat dirangka.


"Kerajaan juga perlu pastikan keselamatan semua pekerja p-hailing dijaga rapi dengan bukan hanya memperkenalkan insurans tetapi juga iktiraf mereka sebagai pekerja di bawah Akta Pekerja 1955.


"Kerajaan haruslah mengkaji kes terkini di Mahkamah Agong UK Uber BV lwn. Aslam & ors yang memutuskan bahawa pekerja p-hailing adalah diiktiraf sebagai pekerja," katanya.


Selain itu menurut Bryan, kerajaan sepatutnya membuat regulasi dan adjudikasi kesemua isu yang dihadapi oleh penunggang hailing secara pantas, efisyen dan minimum kos dengan menubuhkan satu badan bebas untuk menyelesaikan sebarang pertikaian.


"Kerajaan sepatutnya memikirkan perancangan jangka masa panjang demi kelangsungan penunggang p-hailing ini. Tidak selamanya p-hailing perlu menjadi pilihan kerjaya utama (golongan belia). Mereka sepatutnya diberi latihan atau peluang menguasai kemahiran tertentu untuk mereka terokai bidang-bidang lain.


"Lambakan penunggang p-hailing juga terjadi akibat kelesuan pihak kerajaan yang gagal mewujudkan peluang pekerjaan yang sesuai.

"Secara tuntasnya, kerajaan perlu buka mata, buka hati dan buka minda untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Dengar keluhan rakyat dan orang ramai. Sudah sudahlah jadi angkuh dan sombong," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page