top of page

Pejabat MP Tebrau anjur program ibadah korban bersama veteran ATM



Pejabat Ahli Parlimen Tebrau menganjurkan aktiviti ibadah korban dengan kerjasama Persatuan Veteran ATM Tebrau semalam.


Menerusi satu kenyataan, Ahli Parlimen (MP) Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse (gambar, kanan) berkata, program korban itu adalah bagi menghargai jasa veteran Angkatan Tentara Malaysia (ATM) pada Hari Raya Aidiladha ini.


"Pejabat saya dengan kerjasama Persatuan Veteran ATM Tebrau telah menganjurkan program ibadah korban di Kampung Oren.


"Melalui peruntukan Ahli Parlimen, saya menyumbangkan seekor lembu bagi menjayakan program ini. Ianya juga merupakan tanda penghargaan saya dan kerajaan Madani kepada para pejuang yang selama ini mempertahankan negara kita.


"Saya bersama pengerusi persatuan telah mengagihkan daging korban kepada ahli-ahli veteran ATM Parlimen Tebrau dan mereka yang memerlukan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page