Perdana Menteri (PM) melalui Setiausaha Akhbar Kanan, Tunku Nashrul Abaidah (gambar, tiga dari kanan) semalam menzirahi ahli keluarga dua orang petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang kembali ke rahmatullah pada bulan lalu.
Dalam ziarah itu PM menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga yang diuji tersebut.
"Setiausaha Akhbar Kanan, Tunku Nashrul Abaidah bersama pegawai Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri telah mewakili saya dalam sesi ziarah ke atas ahli keluarga dua orang petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang kembali ke rahmatullah bulan lalu.
"Saudara Tunku Nashrul telah menyampaikan ucapan takziah selain menyerahkan sumbangan bagi pihak saya kepada isteri Allahyarham Jazarul Arif, saudari Suridanila Abu Bakar dan kakak Allahyarham Khairul Azli Rahim, saudari Norfaizah Rahim," katanya di Facebook.
Dalam hantaran itu PM mendoakan semoga roh kedua Allahyarham berkenaan dicucuri rahmat dan Allah menempatkan roh mereka dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Comments