top of page

Pedofilia, scammer boleh ditangani dengan perlesenan media sosial



Oleh: Akmal Manaf


Keputusan kerajaan menguatkuasakan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau lesen penyedia media sosial mendapat pujian ahli politik di negara ini.


Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Mohammad Izuan Ahmad Kasim menyifatkan, perselesanan yang dilaksanakan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu membolehkan pemilik platform media sosial mengawal selia kandungan terhadap pengguna mereka.


Menurut pengamatan beliau, dalam persekitaran teknologi terkini media sosial digunakan bukan hanya untuk berinteraksi, tetapi menjadi platform kepada usahawan dalam talian.


"Namun ada juga yang menjadi mangsa scammer atau yang terbaharu banyak kes melibatkan pedofilia, apatah lagi banyak platform media sosial menjadi tempat penyebaran kandungan tidak bermoral.


"Sebelum ini, kerajaan tak boleh buat apa-apa.. hanya mengarahkan MCMC untuk panggil berbincang.


"Jadi kali ini MCMC ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap platform-platform berkenaan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai keperluan penguatkuasaan lesen itu bagi melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa pedofilia, selain penjenayah dan juga kandungan menyalahi undang-undang boleh disekat oleh platform termasuk pengawalan had umur.


Izuan turut mengutarakan pandangannya tentang permulaan had umur pengguna yang boleh menggunakan media sosial.


Katanya banyak negara, misalnya Australia sudah meletakkan had umur tertentu yang boleh membuka akaun media sosial dan hal itu perlu dicontohi negara ini.


"Jadi, di Malaysia mungkin perkara itu boleh dikaji untuk dipertimbangkan sebab kita pun tahu generasi sekarang ini dari kecil lagi mereka kebanyakannya sudah memiliki telefon.


"Jadi perkara itu boleh dipertimbangkan sebab kita nak pastikan minda mereka tidak tercemar seperti isu 3R, scammer dan lebih malang contohnya perkara melibatkan 18SX.


"Kita tak boleh letak had umur terlalu tinggi kerana bimbang mereka akan ketinggalan. Jika (had umur) terlalu rendah, kematangan pemikiran mereka pula belum sampai ke tahap sepatutnya.


"Jadi mungkin kerajaan boleh mengambil jalan tengah dalam perkara ini bagi membolehkan sesuatu had umur membuka akaun," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page