top of page

Pecutan akhir di KKB: Wanita KEADILAN ligat bantu calon Perpaduan



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN PRK KKB: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) sudah memasuki 'Zon Pecutan Akhir' yang menyaksikan seluruh jentera calon-calon yang bertanding bergelut untuk menawan sebanyak mungkin pengundi.


Pelbagai strategi digunakan demi meraih undi yang pastinya memerlukan kesabaran serta ketabahan luar biasa.


Bagi Wanita KEADILAN, menunggu gendang perang dipalu baru memulakan kerja bukanlah cara wanita parti ini.


Wanita KEADILAN sudah pun berkampung awal seminggu sebelum hari pengumuman calon Perpaduan.


Kubu sudah diperkemaskan dan segala keperluan kempen termasuk logistik dan jentera telah siap siaga.


Suhu berkempen juga semakin panas dan pastilah menjadikan hari-hari terakhir sebelum pengundian detik yang tidak boleh dipersiakan.


Kerja keras Wanita KEADILAN yang diterajui oleh Ketua Wanita Pusat, Fadhlina Sidek juga mendapat sokongan padu daripada seluruh kepimpinan wanita pusat, cabang-cabang wanita serta ahli akar umbi seluruh negara.


Fadhlina dan wanita KEADILAN menyantuni pengundi ke segenap pelusuk DUN Kuala Kubu Bharu bagi memastikan calon Perpaduan Pang Sock Tao mampu mempertahankan kerusi DUN dengan kemenangan bergaya.


Selain daripada menjalankan gerak kerja kempen di kawasan sasaran bersama jentera-jentera parti, Wanita KEADILAN turut bergerak secara bersepadu bersama rakan-rakan sekutu yang lain iaitu wanita Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.


Persepakatan ini dilihat semakin utuh melalui aktiviti ceramah kelompok, kempen dari rumah ke rumah dan sebagainya.


Peluang calon Perpaduan untuk menang semakin hari semakin cerah berdasarkan sambutan yang diberikan oleh pengundi kepada beliau.


Calon Perpaduan bersih dan diyakini serta layak menjadi wakil rakyat DUN KKB.


Gerakan kempen dipertingkatkan


Hari ini merupakan hari undi awal bagi pengundi.


Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek dan Exco Wanita turun membantu di PRK KKB

Proses pengundian berlangsung bermula 8 pagi hingga 5 petang di dua pusat mengundi awal iaitu di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia.


Berdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya, seramai 625 anggota polis, 238 orang tentera dan pasangan layak mengundi.


Sementara itu, tinjauan penulis di kawasan-kawasan sasaran mendapati BN dan PH melakukan gerakan yang sistematik.


PH dan BN bukan saja bergerak bersama-sama dalam kempen bertemu pengundi yang diadakan di pelbagai tempat, malah ceramah juga diadakan secara bersama.


Pemimpin PH dan BN sentiasa berganding tangan dalam memperlihatkan keakraban hubungan bagi memastikan kemenangan berjaya diperolehi.


Di sebalik pelbagai provokasi dan andaian tentang hubungan PH dan BN, terutama keghairahan PN mengungkit cerita lama yang tidak lagi relevan untuk dipentaskan, pemimpin kedua-dua gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan nampaknya langsung tidak tergugat keutuhan jiwa mereka.


Keutamaan sekarang ialah bergerak bersama menggerakkan jentera bertemu seramai mungkin pengundi.


PH - BN aktif berceramah


Kempen dalam bentuk ceramah juga lebih banyak diadakan pada minggu ini dan Kuala Kubu Bharu mula menjadi tumpuan ramai yang menyebabkan jalan-jalan lebih sibuk berbanding sebelumnya.


Barisan Wanita KEADILAN Selangor dan Wanita KEADILAN Pusat bersama sama merancang strategi

Berbanding PN, ceramah PH dan BN jauh lebih aktif dan mendominasi pentas-pentas ceramah ketika tempoh kempen memasuki minggu terakhir.


Dengan kempen dijangka diperhebat dan diperkemas menjelang hari-hari terakhir ini, PH dan BN hanya memikirkan untuk berusaha sebaik mungkin kerana kemenangan yang ingin dipertahankan adalah juga amanah mempertahankan sebuah Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat dan negara.


Ayuh..semua jentera Perpaduan kita tawan sehabis mampu pengundi DUN KKB untuk menang bergaya.

_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page