top of page

Pecah tanah Masjid Madani diteruskan, rundingan pihak kuil positif



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan majlis pecah tanah bagi pembinaan sebuah masjid di Jalan Masjid India yang dijadualkan pada Khamis akan diteruskan.


Perdana Menteri berkata pihaknya mengambil keputusan tersebut meskipun terdapat perbezaan pandangan daripada beberapa pihak manakala kuil yang menjadi kontroversi di tapak masjid itu akan dipindahkan mengikut undang-undang negara.


"Kawasan-kawasan amalan di situ, masjid-masjid berdekatan, sesak. Perlu ada tempat baharu. Jadi, sebab itu saya akan teruskan untuk meletakkan batu asas di masjid pada 27 hari bulan (Mac) ini.


"Saya minta jawatankuasa kuil sepertimana mereka lakukan, runding dengan baik," katanya dipetik ketika berucap pada Sambutan Hari Polis Ke-218 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur hari ini.


Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak menggunakan Islam sebagai agama Persekutuan untuk menekan mana-mana pihak dan sama ada kumpulan majoriti atau minoriti adalah tertakluk kepada hukum dan undang-undang.


"Kita tidak boleh ada bentuk tirani pihak majoriti, sama juga kita tidak boleh terima tirani kelompok minoriti. Kita kena pertahankan apa yang disebut nilai MADANI ini," katanya.


Perdana Menteri berkata bagi memelihara keharmonian antara kaum maka rundingan secara baik berhubung pemindahan kuil berkenaan tetap dilaksanakan.


Beliau juga berkata tidak timbul isu untuk merobohkan kuil tersebut meskipun dibangunkan di tempat tidak sepatutnya.


"...yang saya ambil sikap begini kerana saya ambil pendekatan yang sangat sabar. Saya minta supaya selesai dengan baik.


"Walaupun dia salah, tempatnya salah, kita kata, angkat baik-baik, pindah. Syarikat beri sedikit ganti rugi, saya tak tahu ganti rugi bersebab apa, kemudian diberikan tempat baharu dengan ihsan Dewan Bandaraya (Kuala Lumpur). Jawatankuasa setuju runding tapi ada penghasut-penghasut lain, entah dari mana dengan bicaranya yang melampau," katanya.


PM juga menjelaskan bahawa kelulusan pembinan masjid itu berlaku pada 2019, bukan dibuat pada era Kerajaan Perpaduan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page