top of page

PDRM jangan tolak ansur salah laku demi selamatkan negara - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur terhadap sebarang salah laku membabitkan pegawai dan angggota pasukan itu demi menyelamatkan bangsa dan negara.


Perdana Menteri menegaskan sekiranya negara ingin menjadi maju, isu tatakelola, integriti dan membanteras rasuah dan salah guna kuasa perlu menjadi pusat tumpuan.


"Walaupun kita wujudkan IPCC (Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis), ia tidak boleh nafikan kenyataan bahawa PDRM kekal menjadi tunggak pertahanan dalam negeri yang memungkinkan ekonomi meningkat, pelaburan masuka dan orang berasa tenang serta aman, berjalan selesa siang dan malam," katanya.


Perdana Menteri berkata demikian pada majlis pelancaran IPCC, Polis, Rakan-Rakan dan Anggota Kolaborasi (IPFC) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini.


Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.


Anwar menggesa supaya rakyat negara ini mengelakkan diri daripada terlibat dengan politik picisan dan isu pergaduhan kaum yang tidak menguntungkan.


Sebaliknya kata beliau tumpuan perlu diberikan kepada usaha menyelamatkan negara.


"Elak daripada amalan boros, sombong, angkuh, zalim, menekan orang serta bila ada sedikit kuasa, lupa, hilang ingatan, mendera orang yang tak sepatutnya didera…Semua ini walaupun golongan kecil, saya mohon, desak dan tegaskan, pimpinan polis tidak boleh tertolak ansur sama sekali," katanya.


Mengenai IPCC, Anwar berkata, beliau sebelum ini mempunyai pendirian yang berbeza berkaitan penubuhan suruhanjaya bebas seumpama itu yang peru melibatkan semua agensi penguatkuasaan.


Namun kata beliau, pihaknya akur apabila kerajaan mahu memberikan tumpuan kepada aspek integriti pasukan polis.


Terdahulu Perdana Menteri mengingatkan rakyat untuk tidak melupakan jasa dan khidmat anggota penguat kuasa termasuk PDRM yang bertungkus-lumus terlibat dalam koordinasi bantuan banjir.


"Kita lihat polis bertugas bukan soal mengawal jenayah, tetapi lebih daripada itu, sebagai anggota masyarakat yang prihatin membantu.


"Kalau lihat mereka ini tidak cukup tidur, tetapi kerja kalau ditanya, tak pernah yang kata letih atau sukar," kata beliau.


Sementara itu, IPCC dalam kenyataan berkata IPFC merupakan program di bawah pelan strategik IPCC, berperanan merealisasikan visi sebagai badan pemantau bebas yang dipercayai bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada integriti pasukan polis.


"IPFC berobjektif membantu memantau tatakelakuan anggota polis, melindungi hak asasi orang awam dan anggota polis, memudahkan urusan penyampaian perkhidmatan dan keberkesanan IPCC dan PDRM," kata kenyataan itu.


Selain itu, IPCC turut berperanan meningkatkan kesedaran awam berkenaan kepentingan tahap integriti pasukan polis dan memberikan impak kepada kestabilan politik, ekonomi, keharmonian rakyat dan keselamatan negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page