top of page

PBT Wilayah Persekutuan tingkatkan kecekapan perkhidmatan - Dr Zaliha



Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan melakukan reformasi bagi mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah itu seiring pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula 1 Disember ini.


"Selepas pengumuman pengenalan SSPA kita kena pertingkatkan lagi kecekapan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.


"Dari sudut perkhidmatan, contohnya pelesenan yang mengambil masa panjang, ini perlu buat reformasi," katanya dipetik.


Beliau ditemui pemberita selepas hadir ke perasmian Floria Diraja Putrajaya 2024 yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di Persisiran Tasik, Putrajaya pada Khamis.


Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-45 menyeru semua pihak berkuasa termasuk PBT agar mempercepatkan kelulusan permohonan perniagaan tanpa berkompromi dengan undang-undang.


Langkah itu jelasnya selain memudahcara perniagaan juga dapat meletakkan Malaysia sebagai destinasi tumpuan pelabur di rantau ini.

Sementara itu menurut Dr Zaliha berkata, pihaknya sentiasa berusaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada orang awam termasuk melalui pendekatan "no wrong door policy".


"Kita sebagai pemberi khidmat kena bantu (rakyat), kemesraan penjawat awam dan rakyat perlu ada. Di Wilayah Persekutuan, kita perkenalkan budaya kerja harmoni, hormat-menghormati dan memberi perkhidmatan secara adil, responsif serta mampan termasuk nilai-nilai ihsan.


"Rakyat juga perlu memainkan peranan mendukung dasar kerajaan khususnya berkaitan Wilayah Persekutuan, contohnya program "waste to wealth"supaya PBT dapat melaksanakan inisiatif itu dengan baik," menurutnya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page