top of page

PBT Selangor adakan simulasi bencana, bersiap hadapi tengkujuh



Selepas mengalami kemarau yang menyebabkan paras air di empangan menurun, Malaysia kini perlu bersiap sedia untuk menerima kunjungan La Nina.


Justeru, Kerajaan Negeri Selangor membuat persiapan awal menghadapi sebarang kemungkinan terutama pada musim tengkujuh yang dijangka November ini.


Exco Pengurusan Bencana, Najwan Halimi berkata, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti lokasi titik panas dan berisiko banjir di seluruh Selangor dan meletakkan semua jentera dalam keadaan berjaga-jaga.


"Kawasan titik panas yang dipantau adalah Hulu Langat yang sentiasa menjadi sasaran untuk menghadapi banjir. Selain itu di Sungai Buloh turut berada di bawah pengawasan rapi.


"Unit Pengurusan Bencana Selangor telah turun ke setiap daerah untuk mengenal pasti setiap isu dan masalah dalam membuat persiapan," katanya dipetik.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan fenomena La Nina yang biasanya membawa keadaan cuaca lebih lembap, akan bermula antara Julai dan September,


Fenomena itu lazimnya mencapai kemuncak menjelang akhir tahun dan berterusan pada awal tahun depan.


Sementara itu Mohd Najwan turut memaklumkan, kebanyakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu juga mengadakan simulasi terutamanya kawasan yang dikenal pasti berisiko menghadapi banjir kilat.


"PBT yang terlibat membuat latihan simulasi bersama agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor.


"Manakala setiap Exco, Ahli Dewan Negeri (ADN) dan penyelaras turut diberikan peranan masing-masing untuk memantau sekiranya berlaku bencana," jelasnya.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page