top of page

Pasukan petugas pantau pokok di KL adakan mesyuarat pertama



Pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memantau dan menyelenggara secara terperinci pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara bakal mengadakan mesyuarat pertama bulan ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, pasukan khas itu ditubuhkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu melibatkan badan bukan kerajaan, arboris (pakar tumbuhan berkayu) dan pakar dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).


"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga akan dijemput bagi menghadiri mesyuarat yang akan diadakan," katanya dipetik.


Dr Zaliha sebelumnya hadir menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) antara Perbadanan Putrajaya dan Tenaga Nasional Berhad di Putrajaya pada Selasa.

Penubuhan pasukan petugas itu atas arahan Dr Zaliha susulan beberapa kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang termasuk pada 7 Mei lepas yang meragut nyawa seorang lelaki dan menghempap 17 kenderaan serta landasan Monorel di Jalan Sultan Ismail.


Selain akan memantau dan menyelenggara secara terperinci pokok-pokok di Kuala Lumpur, pasukan tersebut juga akan meneroka sistem penanaman dan penyelenggaraan pokok secara mapan dari luar negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page