top of page

Pasukan khas diaktifkan, kaji keselamatan struktur tanah di KL



Sebuah pasukan khas bagi mengkaji tahap keselamatan struktur tanah di sekitar Kuala Lumpur (KL) terutama di Jalan Masjid India ditubuhkan.


Datuk Bandar, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, pasukan disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) itu sudah pun diaktifkan.


Pasukan itu turut dianggotai pakar dalam bidang mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


"Daripada maklumat diperoleh sebelum ini daripada JMG, jenis tanah di lokasi ini adalah yang biasa dan sesuai untuk pembangunan.

"Bagaimanapun, pasukan khas ditubuhkan ini akan menyemak dan melihat perkara itu di kawasan ini," katanya dipetik.


Dr Maimunah berkata begitu pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India


Dalam pada itu, Maimuna ketika diminta mengulas video tular di media sosial mendakwa Kuala Lumpur tidak selamat berkata, dakwaan itu mestilah disokong bukti dan kajian terperinci.


"Saya berpendapat Kuala Lumpur dah lama dibina dan selama ini ia selamat.


"Oleh itu kalau nak mengatakan tidak selamat mestilah ada menunjukkan bukti bukti dan kajian yang terperinci," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page