top of page

Pasukan keselamatan sentiasa bersedia hadapi ancaman - Saifuddin



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan pasukan keselamatan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga menangani sebarang ancaman keganasan.


Saifuddin ketika ditemui pemberita berkata, ia dapat dilihat melalui kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menahan beberapa individu yang cuba mengembangkan ideologi berkenaan baru-baru ini.


"Elemen Daesh itu masih ada tetapi polis telah berjaya mematahkan cubaan berkenaan menunjukkan bahawa pihak keselamatan dalam keadaan siap siaga sepanjang masa.


"Tangkapan ini juga menunjukkan elemen Daesh ini berada dalam batas ruang di mana pasukan keselamatan mampu tanganinya," katanya dipetik.


Saifuddin ditemui selepas hadir menyempurnakan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan di Kuala Lumpur pada Rabu.


Acara itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan Khairul Anwar Bachok.


Pada Isnin, media melaporkan lapan warga tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas Daesh dalam satu operasi serentak di empat negeri pada Sabtu dan Ahad lepas.


Tangkapan membabitkan enam lelaki dan dua wanita itu dibuat di Kelantan, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan kesemua suspek yang berusia 25 hingga 70 tahun itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page