Kerajaan MADANI menggalas misi untuk memastikan ekonomi negara berkembang dan menjadi jaguh ASEAN.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata begitu pada ucap dalam majlis sambutan Ulang Tahun Ke-140 HSBC di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.
Menurut Anwar, rantau ASEAN adalah salah satu sub-rantau yang paling aman di dunia dan sangat berdaya tahan dari segi ekonomi.
Seiring dengan komitmen menjadi Pengerusi ASEAN yang akan datang, Malaysia jelasnya mahu wilayah itu berkongsi visi untuk memberi tumpuan kepada ekonomi, pelaburan perdagangan dan kerjasama antara negara jiran untuk memastikan rantau ini kekal pesat.
"Persediaan Malaysia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN datang pada masa yang penting bagi pertumbuhan dan peluang.
"Kita akan memikul tanggungjawab besar untuk menilai semula Visi Komuniti ASEAN 2025 dan menetapkan aspirasi untuk 10 tahun akan datang,
"Kita ada misi untuk memastikan ekonomi negara berkembang dan menjadi jaguh ASEAN. Itu adalah tanggungjawab kepimpinan sedia ada," katanya dipetik.
Comments