top of page

Pasca PRK Sg Bakap: Tingkat Usaha Tawan Hati Belia



Oleh: Dr Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menutup tirainya dengan menyaksikan calon yang dipertaruhkan oleh Kerajaan Madani iaitu Dr Joohari Ariffin telah diisytiharkan tewas. Kekalahan tersebut disambut penuh keinsafan dan tawaduk oleh PMX dengan menerima suara rakyat di DUN berkenaan. Sifat berlapang dada ini harus menjadi ikutan sekalian pendokong Kerajaan Madani berbanding sikap menuding jari bagi mempertanggungjawabkan kekalahan di DUN tersebut.


Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak terkecuali menerima tudingan jari atas tuduhan gagal menarik undi golongan belia kepada Dr Joohari Ariffin. Dapatan oleh beberapa badan pengkaji menyatakan calon Kerajaan Madani menerima kurang 20% undi dari golongan belia berketurunan Melayu. Undi dari golongan belia bukan Melayu kekal tinggi menjangkau 90%. Namun kadar keluar mengundi belia bukan Melayu turun dengan ketara (Cina 47% dan India 58%).


Bekalan air, kos sara hidup jadi masalah


Kepimpinan AMK dari seluruh negara telah berjuang sehabis baik sepanjang tempoh berkempen di PRK DUN Sungai Bakap, kepimpinan utama AMK iaitu YB Adam Adli telah berulang-alik ke medan kempen bagi mengepalai perjuangan.

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

Pelbagai program dengan niat menawan hati pengundi belia telah AMK lakukan seperti Ziarah Kasih Madani, Speaker Corner, Walkabout, Pentas Anak Muda, Pertandingan Sukan dan BBQ Pemuda. Namun kesemua pendekatan ini gagal menenggelamkan isu sebenar yang menentukan undi golongan belia di Sungai Bakap.


Isu paling utama yang menjadi rungutan golongan belia sepanjang PRK DUN Sungai Bakap adalah berkenaan kos sara hidup, sememangnya kesan dasar penyasaran subsidi dalam tempoh pasca-Covid 19 ini memberi tekanan kepada kos sara hidup semua golongan termasuk belia.


Jentera AMK yang ditugaskan membantu 8 daerah mengundi di Sungai Bakap telah cuba meyakinkan pengundi belia bahawa Kerajaan Madani dalam proses memperbaiki ekonomi negara. Pelaburan luar telah dibawa masuk secara besar-besaran, malah dasar subsidi bersasar bakal menjimatkan hasil negara daripada ketirisan. Namun hasil pelaburan dan dasar yang diusahakan oleh Kerajaan Madani memerlukan masa untuk menampakkan kesannya kepada kesejahteraan rakyat.


Pengundi belia di Sungai Bakap turut menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap isu masalah kekurangan sumber air melibatkan DUN Sungai Bakap, penerangan telah diberikan bahawa masalah tersebut hanya melibatkan Mukim 5 di DUN tersebut.


Isu air jadi perkauman


Pihak tidak bertanggungjawab telah berjaya memainkan isu perkauman akibat kelewatan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP menyelesaikan masalah air membabitkan kawasan majoriti masyarakat Melayu di Mukim 5. Penyelesaian masalah air di kawasan tersebut yang mengambil masa hampir 6 tahun telah mengguris perasaan pengundi belia di kawasan tersebut, namun jentera AMK sentiasa meyakinkan pengundi bahawa Kerajaan Madani telah menyediakan penyelesaian projek jangka pendek (LRA Bukit Panchor) dan panjang (Projek Air Perak dan Pulau Pinang) untuk masalah tersebut.


Sesungguhnya sentimen pengundi belia sepanjang PRK DUN Sungai Bakap tidak dapat dijernihkan dengan mudah kerana ia memerlukan masa sebagai syarat kemenangan, kepimpinan AMK percaya masalah melibatkan kos sara hidup atau masalah infrastruktur di DUN Sungai Bakap pasti akan diselesaikan namun ia memerlukan masa.


Takdir tidak menyebelahi Dr Joohari Ariffin kerana PRK DUN Sungai Bakap berlaku pada masa yang kurang tepat. Namun percayalah menjelang pilihanraya akan datang, setelah kesemua isu berbangkit diselesaikan maka DUN Sungai Bakap pasti akan dapat ditawan semula.


_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page