top of page

Pasca Covid-19: Tumpu sektor pertanian makanan dengan model baharu

Oleh: Mustaffa Kamil Ayub


Sektor sumber bekalan makanan adalah paling utama dan kritikal terutama di saat ini, beberapa bulan dan tahun mendatang. Disini pentingnya kita melihat bahawa 'food security' adalah penting tanpa terlalu bergantung kepada import makanan.


Dengan import makanan berjumlah hampir RM52 billion pada tahun 2018 (peningkatan purata 6.5 % setiap tahun sejak 2010 - RM30billion), kita boleh menjimatkan hampir RM27- RM14 billion import makanan jika kita dapat mengeluarkan makanan sendiri atau setengah daripada import tersebut terutama disektor perladangan seperti kopi, teh, koko, sayuran, sektor perikanan dan penternakan lembu daging-tenusu dan ayam serta sektor buah-buahan. Kerajaan mesti menukar polisi dengan memberi lebih tumpuan kepada sektor pertanian berunsurkan makanan. Kini, komoditi kelapa sawit (6 juta hektar) dan getah (1.2 juta hektar) mendominasi hampir 92% / 7.2 juta hektar tanah pertanian. Sudah tiba masanya tanah pertanian kelapa sawit yang didominasi oleh sektor korporat dan pekebun kecil untuk turut memberi tumpuan atau mempelbagaikan nilai guna tanah mereka kepada pertanian berasaskan makanan. Pembiayaan bagi sektor pertanian berasaskan makanan amat penting dalam membangunkan rantaian nilai sektor ini, kerana pendapatan yang rendah, pulangan yang rendah berbanding sektor bukan-makanan. Daripada segi keperluan modal dan pembinaan kemahiran, tumpuan mestilah kepada penggunaan teknologi moden dalam pengeluaran, pengurusan dan pemasaran. Kita berdepan dengan kos rendah dari negara pengeluar lain seperti India, China, Indonesia dan Thailand akibat globalisasi dan liberalisasi. Pembiayaan mestilah secara perkongsian modal, pembiayaan modal (venture capital) atau kerjasama tanpa pengenaan bunga/interest samaada antara sektor swasta atau dengan kerajaan. Disini terdapat keperluan untuk institusi pembangunan kewangan/pembiayaan (DFI) untuk membiayai tanpa terikat dengan Bank Negara yang berasaskan bunga/interest dalam menilai pembiayaannya. Kerajaan negeri yang mempunyai tanah pertanian yang terbiar perlu bekerjasama dengan sektor swasta terutamanya koperasi dalam membangunkan sektor pertanian berasaskan makanan dengan konsep perkongsian modal/pembiayaan modal /kerjasama tanpa pengenaan bunga/interest dan tanpa sewa. Tindakan segera ini penting dalam meningkatkan tumpuan kepada sektor pertanian berasaskan makanan dengan model baharu pasca pandemik Covic-19.

0 comments

Recent Posts

See All

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page