top of page

Pasaraya perlu anjur PJRM 'Back To School' bantu persiapan sekolah



Segelintir pasar raya ditegur kerana tidak mengambil peluang mengadakan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) 'Back To School' bagi membantu meringankan ibu bapa membeli-belah barangan sekolah di saat akhir.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh berkata, peruntukan bagi program itu telah tersedia dan sewajarnya pasaraya menyusun jadual PJRM sebelum sesi persekolahan bermula supaya ia dimanfaatkan dengan baik.


"Ya (teguran), pada saya pasar raya boleh menyusun lebih baik Jualan Rahmah ini sebab kita (KPDN) telah pun mengeluarkan peruntukan dan pasar raya boleh pilih waktu yang paling sesuai untuk mengadakannya.


"Jadi saya menyeru dan menyarankan pada masa depan memandangkan kita nak masuk bulan Ramadan dan kita nak hari raya, saya harap pasaraya membantu kerajaan dan kementerian untuk sama-sama membantu menangani kos sara hidup rakyat," katanya dipetik.


Dr Fuziah berkata begitu kepada pemberita selepas meninjau pasar raya di daerah Putatan, Sabah pada Ahad.


Sebagai rekod, KPDN memperluas pelaksanaan PJRM 'Back to School 2025’ di pasar raya dan pusat beli-belah terpilih seluruh negara dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan sekolah pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus.


Di Sabah sebanyak 28 PJRM 'Back To School' telah dianjurkan

"Seorang ibu bapa nak membeli baju sepasang, tudung, beg, kasut dan stoking wajib RM200 lebih untuk set kelengkapan, belum masuk alat tulis.


"Di Semenanjung pun mahal juga tetapi mungkin Sabah lebih lagi (mahal). Sebab itu, KPDN mengadakan 28 Jualan Rahmah 'Back To School' di Sabah kerana saya tengok RM200 itu agak membebankan," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page