top of page

‘Pasaran saham naik, pertumbuhan baik, ekonomi di landasan yang betul’



Oleh: Abdullah Zaid


Ekonomi Malaysia yang baik dalam suku pertama 2024 menunjukkan negara berada di landasan yang kukuh selepas merudum dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Haziq Azfar Ishak berkata, hal itu menunjukkan inisiatif dan dasar yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan telah berjaya mengembalikan keyakinan pelabur dan pasaran saham.


Berbanding dengan pentadbiran Perikatan Nasional (PN), katanya, usaha memulihkan ekonomi terlaksana dengan berkesan sebaik sahaja kelemahan pentadbiran PN diganti dengan Kerajaan Perpaduan yang lebih cekap.

Haziq Azfar Ishak

"Kalau kita banding dengan zaman PN mereka gagal (mengurus ekonomi) kerana faktor kestabilan politik dan ketelusan yang sangat rendah, apatah lagi lantikan menteri terlalu ramai maka lebih tinggi kos ditanggung kerajaan.


"Perkara ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat. Tetapi sekarang kita lihat keadaan ekonomi yang lebih baik dan stabil, maksudnya pemulihan ekonomi memang berlaku dan bukan sekadar cakap-cakap politik," kata Haziq kepada Suara Keadilan.


Beliau mengulas laporan suku pertama 2024 yang memperlihatkan ekonomi negara berkembang pada kadar lebih tinggi sebanyak 4.2% berbanding 2.9% pada suku keempat 2023, didorong perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pertumbuhan eksport yang positif.


Manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus berkembang 4.2% pada suku pertama 2024, naik berbanding 3% suku keempat 2023.


Tambahnya, biarpun strategi Dasar Ekonomi Madani memerlukan tempoh masa untuk menunjukkan kemampanannya, namun beliau optimis tadbir urus yang berkualiti dan peningkatan keyakinan pelabur asing mampu memacu ekonomi ke tahap yang terbaik dalam sejarah.


"Dasar ini (ekonomi Madani) sedang berjalan dan ekonomi negara semakin menuju ke arah pemulihan hasil daripada tadbir urus yang jelas.


"Walaupun kesan itu tidak dirasai terus kepada rakyat, tetapi tanda-tanda pemulihan ekonomi tidak boleh dinafikan sudah bermula dan rakyat pasti akan menerima kesan pemulihan itu pada jangka panjang," ujarnya lagi.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page