top of page

Pasar Datuk Keramat dibangunkan semula - Dr Zaliha



Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur akan dibangunkan semula bermula suku pertama tahun ini bagi memastikannya selamat dan kondusif untuk pengguna.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengumumkan projek pembangunan semula pasar Datuk Keramat bagi memastikan ia lebih selamat dan kondusif untuk semua.


Dipetik laporan media beliau berkata, proses tersebut akan dilaksana secara berfasa bermula suku pertama tahun ini supaya aktiviti perniagaan sedia ada tidak terjejas.


"Selepas lawatan Perdana Menteri pada Julai lalu, beberapa langkah quick win telah dilaksanakan, antaranya menaik taraf tandas dan memperbaiki pendawaian elektrik.


"Bangunan pasar ini sudah terlalu lama dan uzur, menginjak ke usia 50 tahun dan turut menimbulkan risiko keselamatan kepada peniaga dan pengunjung.


"Kejadian kebakaran juga pernah berlaku sebelum ini dan ini menyumbang juga kepada risiko keselamatan," katanya dipetik.


Sementara itu Dr Zaliha menegaskan, pembangunan semula pasar tersebut merupakan isu legasi yang perlu segera diselesaikan dan tidak boleh tertangguh lagi.


Justeru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diarahkan melakukan bancian untuk memuktamadkan bilangan peniaga dalam tempoh dua minggu agar perancangan dan tindakan seterusnya dapat dimulakan segera.


"Saya mahu melihat Pasar Datuk Keramat ini sebagai sebuah pasar yang lebih selesa, bersih, selamat dan dilengkapi dengan fasiliti yang lebih moden demi kesejahteraan semua dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan peniaga," tambahnya.


Terdahulu beliau dan pasukannya meninjau pasar berkenaan selepas melancarkan Community’s Barbershop di PA Seri Perlis.

0 comments

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page