top of page

Pasangan didakwa agen Mossad culik warga Palestin bukan anggota KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 19, 2022
  • 1 min read


KEADILAN menafikan dakwaan di media sosial berkaitan pasangan yang didakwa direkrut oleh agen Mossad Israel dan terlibat dalam operasi penculikan seorang warga Palestin di Kuala Lumpur sebagaimana didedahkan media semalam.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, dua orang berkenaan yang telah ditahan polis dan dihadapkan ke mahkamah tidak pernah menjadi anggota KEADILAN.


"Semalam tular di media sosial dakwaan dua individu yang ditahan (kononnya) merupakan anggota KEADILAN atau ada kaitan dengan parti. Individu-individu tersebut didakwa punyai hubungan dengan Mossad.


"Saya sahkan dua individu tersebut, iaitu Nidarayahu Zainal dan Raibafie Amdan, bukan anggota mana-mana Cabang KEADILAN dan tiada kaitan dengan parti," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mengenai gambar gambar mereka yang berposting bersama bendera KEADILAN, kata Fahmi, hal itu adalah gambar lama sekitar tahun Pilihan Raya Umum ke 14 lalu yang mana semua parti dalam Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo KEADILAN.


"Berhubung gambar individu tersebut mengangkat bendera KEADILAN, atau gambar akaun Facebook dengan logo KEADILAN sekitar 2018, ianya merupakan tindakan dan pilihan individu terbabit dan tidak ada kaitan sama sekali dengan parti," katanya lagi.


Pada masa sama KEADILAN, kata Fahmi, turut mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas tindakan pantas Polis Diraja Malaysia memberkas suspek dan membebaskan warga Palestin yang diculik dipercayai atas agensi keselamatan dan perisikan Israel.


Kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, kesemua yang terbabit sewajarnya didakwa dan menerima hukuman di mahkamah.


Manakala dalam counter naratif terbaharu di media sosial, netizen mula memaparkan bukti pasangan yang didakwa direkrut oleh agen Mossad terbabit bukan berasal dari parti komponen PH ketika ini.


Maka tidak sewajarnya laskar siber anti-PH memainkan isu logo KEADILAN mahu pun keterlibatan pasangan berkenaan dengan PH.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page