top of page

'Pas tidak matang, terus berazam jatuh kerajaan ikut pintu belakang'



Oleh: Akmal Manaf


Pemuda AMANAH Perak menyelar tindakan Pas yang didakwa berterusan berusaha mahu mengambil alih tampuk pemerintahan negara secara pintu belakang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).


Menurut Ketua Pemuda AMANAH Perak, Khairol Najib Hashim, perkara tersebut didakwa diakui Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria pada 22 Disember lalu menerusi ceramah 'Selamatkan Malaysia' di markas parti itu di Kampong Gajah.


Khairol mendakwa, walaupun kenyataan ADUN Gunong Semanggol itu tidak mengejutkan namun ia adalah sesuatu yang amat mengecewakan kerana bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim yang jelas melarang sebarang usaha menjatuhkan kerajaan sebelum PRU 16.


"Perikatan Nasional (PN) terutamanya Pas, telah berulang kali cuba menipu rakyat dengan menguar-uarkan pelbagai tarikh kejatuhan Kerajaan Perpaduan namun semuanya terbukti hanya pembohongan semata-mata.


"Kini pengakuan Razman bahawa pemimpin Pas ingin mengambil alih kerajaan sebelum PRU16, kerana kononnya menunggu pilihanraya akan mendatangkan mudarat yang besar, jelas menunjukkan agenda politik kotor mereka.


"Malah beliau turut meminta ahli-ahli Pas memberi kepercayaan kepada pemimpin untuk mengambil alih kerajaan sebelum PRU," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan itu juga Khairol menempelak sambil menyifatkan tindakan ahli politik Pas mencerminkan kepimpinan yang tidak menghormati proses demokrasi, dan hanya mementingkan agenda politik sendiri.


Malah kata beliau, Pas lebih sibuk dengan nafsu untuk menjadi kerajaan berbanding membawa isu-isu yang membebankan rakyat ke dalam perbahasan di Parlimen mahu pun DUN.


"Rakyat perlu sedar bahawa usaha-usaha seperti ini hanya akan merosakkan kestabilan politik dan ekonomi negara.


"Kita perlu menolak politik tidak matang yang hanya mementingkan kuasa tanpa menghiraukan kesejahteraan rakyat dan negara," tegas beliau lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page