top of page

Pas sokong Najib hanya sandiwara tarik simpati orang Melayu - Mat Sabu



Sokongan tidak berbelah bahagi Pas kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak sebagaimana ditunjukkan dalam himpunan di Istana Kehakiman, Putrajaya, Isnin lalu bukan sahaja pelik tetapi menyalahi tabie parti itu yang sebelum ini sering mencaci Najib dalam kempen pilihanraya.


Bagi Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu, Pas yang pernah menjadi wadah perjuangan politik beliau selama 37 tahun bukanlah suatu parti yang terlalu berpinsip, apatah lagi suci dalam perjuangan.


Katanya, beliau pernah termakan fatwa ulama Pas yang menganggap perbezaan UMNO dan Pas lebih daripada sempadan politik, tetapi menyangkut akidah Islam sehingga merenggangkan hubungan persaudaraannya dengan kaum keluarga yang menyertai UMNO.


"Saya yang begitu cetek dalam pengajian agama telah mempercayai bulat-bulat hujah yang digunakan oleh ulama Pas ketika itu (1980an) mengkafirkan UMNO.


"Penglibatan saya dalam politik bermula dari era Pemuda, kemudian ke Jawatankuasa Pas Pusat sebagai Naib Presiden dan Timbalan Presiden Pas. Dahulu, dalam pemilihan Pas, selalunya yang akan mendapatkan 10 undi tertinggi adalah dari kalangan aktivis Pas yang paling kuat menentang UMNO, sama ada yang berlatar belakang profesional ataupun golongan ustaz-ustaz.


"Yang selalu dapat undian tertinggi adalah seperti Dr Hatta Ramli, Arwah Salahudin Ayob, Ustaz Idris Ahmad, Mazlan Aliman, Khalid Samad, Dr Dzul dan lain-lain lagi," katanya dalam catatan di Facebook.


Namun pada 2014, kata Mohamad, arah pemikiran ulama Pas berubah setelah diakui berlaku pertemuan sulit beberapa ustaz Pas dengan pemimpin UMNO, sehingga ada yang mengaku telah menerima wang daripada UMNO.


Selepas itu, katanya, beliau dan rakan pimpinan yang tidak sebulu dengan pemikiran ustaz Pas telah dikalahkan secara berjemaah dalam Muktamar Pemilihan Pas di Kuala Selangor.


Pas keluar DAP dan parti itu kemudian keluar dari Pakatan Rakyat. Bagaimanapun Pas anehnya terus bersama DAP dalam kerajaan Selangor. Malah, kata Mohamad, kekal dalam Kerajaan Negeri biarpun pada 2014 Pas telah memutuskan hubungan dengan KEADILAN.


"Paling mengejutkan, selepas Pas berpisah dengan DAP dan KEADILAN, parti itu bersama pula dengan UMNO di dalam Muafakat Nasional (pada 2018). Pemimpin Pas mengatakan hubungan baru Pas-UMNO ini adalah anugerah Allah.


"Ertinya selama ini, istilah UMNO itu kafir, sembahyang dua imam dan sebagainya sehingga ada kes dibawa ke mahkamah hanyalah istilah semasa untuk mengaut sokongan politik, bukannya pegangan akidah.


"Justeru ahli AMANAH dan umat Islam di negara ini, janganlah terpedaya lagi dengan permainan Pas kerana semua hujah mereka hanya sandiwara dan boleh berubah pada bila-bila masa," ujar Mohamad.


Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam dan orang Melayu di negara ini tidak tertipu dengan sandiwara terkini Pas sejak beberapa minggu lalu kononnya mahu membela Najib Razak.


Katanya, Pas akan mencampakkan Najib selepas mendapat laba politik yang mereka inginkan sebagaimana mereka mencampak fatwa mengkafirkan UMNO suatu ketika dahulu.


"Berdasarkan semua insiden ini, maka bolehlah kita simpulkan bahawa segala tuduhan dan persepsi yang cuba dimainkan oleh Pas hanyalah suatu sandiwara politik. Fatwa politik mereka boleh berubah bila-bila masa.


"Begitulah juga bila hari ini Pas menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib, ini hanyalah sandiwara untuk menarik sokongan Melayu. Tidak mustahil suatu hari nanti, Pas akan membuang Datuk Seri Najib jika beliau tidak lagi menguntungkan politik Pas," katanya.


Justeru, Mohamad menyeru kepada ahli AMANAH dan seluruh umat Islam di negara ini untuk terus berpadu tenaga memperjuangkan Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada semua, bersatu hati membela golongan yang tertindas serta bersama menolak politik kebencian.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page