
Perebutan Pas dan Bersatu dari Perikatan Nasional (PN) untuk mengetengahkan calon Perdana Menteri tidak seharusnya mencuri tumpuan rakyat terhadap keupayaan parti pembangkang berkenaan.
Sebaliknya, menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, sebagai parti terbesar dalam PN dan pernah menguar uarkan bahawa Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar sebagai calon PM, Pas seharusnya mempamerkan sama ada rekod calon mereka setanding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).
"Pas sila tunjuk track record yang baik seperti ditunjukkan PMX jika mahu menonjolkan calon PM.

"Di mana calon PM yang hendak diketengahkan oleh Pas mestilah menyaingi dan mengalahkan track record yang dibuat PMX dan buktikan dulu di negeri SG4, barulah layak untuk meletakkan calon PM (menanti)," katanya dalam satu kenyataan.
Tegas Ahmad, rekod Anwar telah pun terbukti apabila sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan pentadbiran Kerajaan tenat dengan inflasi 3.4%, pertumbuhan ekonomi rendah, pengangguran 3.8%, pelaburan asing merosot namun dalam tempoh dua tahun beliau telah berjaya memulihkan ekonomi negara.
Katanya, pada waktu ini inflasi 1.7%, pengangguran 3.1%, pelaburan asing RM329.5 bilion, gaji pekerja kerajaan dinaikkan 13%, gaji minimum pekerja swasta RM1,700 yang merupakan bukti kejayaan cemerlang PMX.
Calon Pas, ujar Ahmad Nadhir, setakat ini hanya mampu menguruskan negeri pembangkang SG4 secara ala kadar dan tidak setanding rekod Anwar.
"Kalau setakat retorik kosong maknanya Pas satu parti yang tidak ada pemimpin yang berjaya.
"Tak ada yang dapat menandingi kepimpinan Kerajaan Perpaduan. Mereka (Pas) hanya beretorik kosong dan menungang agama," katanya lagi.
Baru baru ini Pemuda Pas berkata parti itu memiliki calon PM yang mampu memenuhi kriteria serta syarat-syarat, sekali gus membolehkannya memegang jawatan Perdana Menteri.
Pas seolah olah tidak bersetuju dengan calon PM dari Bersatu iaitu Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin yang dilihat semakin hilang pengaruh dalam kalangan pengundi Melayu.
Comments