top of page

Pas perlu namakan calon PM teknokrat - Chua Wei Kiat



Cadangan pemimpin Pas untuk mencalonkan teknokrat sebagai Perdana Menteri (PM) seharusnya disekalikan dengan pengumuman calon yang sesuai.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Chua Wei Kiat, pemimpin Pas sepatutnya berani mengetengahkan calon untuk dinilai sama ada setanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kerajaan Perpaduan.


"Walaupun Setiausaha Politik Presiden Pas Mohd Syahir Che Sulaiman dakwa PN ramai calon yang layak, tapi sehingga kini PN masih gagal menamakan calon Perdana Menteri mereka.


"Syahir Sulaiman boleh terus mengkritik kerajaan perpaduan dan Anwar Ibrahim, tetapi adakah dia mampu menjawab satu soalan mudah, siapa calon Perdana Menteri dari PN?" tanyanya.


Katanya, Pas sendiri pernah menolak Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal Perdana Menteri dari gabungan itu.


Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, ujar Wei Kiat secara terbuka menyatakan bahawa Pas tidak menerima Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri dan hal itu membayangkan berlaku pergolakan dalam PN menjelang Pilihan Raya Umum ke 16.


Maka, katanya, Pas tidak sepatutnya dibayangi oleh Bersatu dalam isu mencalonkan PM.


"Jika dalam PN sendiri mereka tidak boleh sepakat tentang siapa yang layak menjadi Perdana Menteri, rakyat tidak dapat membuat perbandingan antara calon tersebut dengan Anwar Ibrahim, bagaimana rakyat boleh percaya bahawa mereka mampu mentadbir negara dengan baik?


"Pas sebagai parti terbesar dalam PN tak perlu takut Bersatu, Pas berhak menamakan calon PM dari Pas


"Syahir Sulaiman dan pemimpin PN boleh cuba mengelirukan rakyat, tetapi mereka tidak boleh menyembunyikan hakikat perpecahan di dalam PN semakin nyata dan mereka tiada kepimpinan yang berwibawa untuk menerajui negara," katanya.


Menurut Wei Kiat, sepanjang lebih dua tahun mentadbir Anwar Ibrahim telah membuktikan keupayaannya dalam membawa reformasi dasar negara demi kesejahteraan rakyat.


Fokus beliau meningkatkan taraf ekonomi negara, membasmi kemiskinan, dan memastikan pertumbuhan yang lebih mampan serta inklusif.


Sebaliknya, kata Ahli Dewan Negeri Rawang itu, di bawah pentadbiran PN sebelum ini ekonomi negara merudum, ketidakstabilan politik berleluasa, dan negara dipandang lemah di mata dunia.


"Sekarang, mereka mahu berlagak sebagai alternatif yang lebih baik, tetapi calon PM pun tak boleh namakan.


"Saya mencabar Syahir Sulaiman dan PN untuk berhenti berselindung di sebalik propaganda kosong dan menamakan seorang calon Perdana Menteri mereka yang lebih layak daripada Anwar Ibrahim," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page