top of page

'Pas perlu berhati hati permainan Bersatu'



Tindakan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meletak jawatan sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) baru baru ini dan komen pemimpin Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal 'Pas jangan bakar kelambu' memperlihatkan satu lagi masalah dalaman dalam pakatan pembangkang.


Sebelum ini Dr Samsuri telah diangkat oleh Pengerusi Bersatu dan PN Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke 11 namun situasi terbalik hari ini.


Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata pemimpin Pas sepatutnya lebih berhati hati dengan permainan Bersatu sebelum berasa seronok 'dilambung' oleh pimpinan parti tersebut.


"Kisah ini bertambah misteri apabila Wan Ahmad Faisal berkata kepada Pas jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Lain macam bunyi kata kata Wan Faizal ini.


"Sepatutnya golongan ulama seperti Pas dan Samsuri sendiri kena faham PN bukan milik Pas tetapi milik Muhyiddin Yassin


"PN adalah Bersatu nombor dua. Kena sabar sikit. Dalam PN Pas hanyalah balaci, pengikut saja ramai tetapi dianak tiri oleh parti yang ada pengikut sedikit, kerusi pun sikit.


"Dalam politik kena study dulu, setakat ada PhD tetapi politik tak cerdik mesti akan kena game," sinis Lokman dalam siaran langsung Facebooknya malam tadi.


Lokman juga membidas Dr Samsuri yang meninggalkan rakyat Terengganu sewaktu dilanda banjir beberapa minggu lalu semata mata ingin menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-7 di IDCC, Shah Alam.


"Tak sampai beberapa hari kita lihat Bersatu tergamak game kan Pas.


"Samsuri ini setakat dapat jadi bendahari sahaja. Lain kali jangan seronok sangat bila nama kamu dijulang oleh puak Pas jadi PM ke 11. Bila kamu seronok lebih, ada pihak tak seronok. Akhirnya level kamu hanya setakat bendahari," katanya.


Lokman turut menafsir luahan terbaharu Dr Samsuri di Facebook yang berkata beliau 'cuba melakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai, ianya mungkin hanya perkara kecil tetapi pada kebiasaannya akan membezakan antara menang dan kalah'


Pada Lokman, dalam luahan itu Samsuri mungkin cuba memberitahu kalau Muhyiddin diletak terus sebagai pengerusi PN dan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke 16 maka pakatan pembangkang itu bakal ditolak pengundi.


Beliau dalam pada itu mengingatkan Samsuri bahawa ikon Pas itu mungkin telah ditinggalkan pemimpin Pas pro Bersatu sebagaimana di dalam UMNO yang turut wujud pemimpin pro Bersatu dan memberi masalah kepada parti itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page