top of page

Pas jangan terus bergelut dalam pemikiran picisan, sampah - Mahfuz



Pasca Muktamar Pas ke-70 di Temerloh, Pahang minggu lalu diulas banyak pihak sebagai tidak menggambarkan imej parti politik yang pernah berada dalam Kerajaan Persekutuan dan bercita cita untuk kembali memerintah.


Bagi Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar, pemikiran yang ditunjukkan dalam muktamar itu tidak langsung mencerminkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.


Katanya, muktamar lebih banyak tertumpu kepada mengecam dan mencaci musuh politik tetapi tidak pula mencadangkan perkara yang baik atau perlu dilakukan di empat negeri yang ditadbir Pas.


"Lontaran idea sampah (dalam muktamar). Dia melahirkan pemikiran tidak punya nilai.


"Ia sangat memalukan politik Islam, guna atas nama Islam. Tak ada satu yang boleh diambil oleh ahli atau boleh diketengahkan kepada masyarakat. Apa dia idea kehidupan (pentadbiran), khususnya di empat negeri yang diperintah oleh Pas dan PN? Kerajaan negeri patut buat apa. Tak ada," katanya dalam siaran podcast di Facebook kelmarin.


Menyentuh cemuhan Ketua Pemuda Pas pula, Mahfuz yang merupakan mantan Ketua Pemuda Pas pada era 1990an amat kecewa dengan sikap ketua pemuda semasa Afnan Hamim Taib Azamudden.


Katanya, apa yang dilontarkan beliau dengan mengungkit sejarah Perdana Menteri bekas banduan dan memasukkan fitnah seksual rejim Tun Mahathir sebagai inti perbahasan amatlah tidak wajar.


"Saya nak tanya dia, siapa dia banding almarhum Ust Fadzil (Presiden Pas era 1990an), siapa dia banding Tok Guru Nik Aziz (mantan Mursyidul Am Pas).


"Sewaktu Anwar dipecat, hari kedua Ust Fadzil melangkah ke rumah Anwar. Ust Fadzil pergi dengan penuh keinsafan melihat bagaimana kedurjanaan politik yang membusuk (fitnah, cacian) pada waktu itu.


"Sekarang (adakah) Afnan nak bawa lagi politik sampah ke dalam masyarakat?


"Ust Fadzil dalam ucapan menyatakan ini konspirasi politik dan tuduhan jijik kepada Anwar. Semua tahu ini (konspirasi) rejim Mahathir.


"Siapa kamu nak banding Tok Guru Nik Aziz yang berkata Anwar bakal pemimpin masa depan negara. Semua orang anggap waktu itu konspirasi politik (dilakukan untuk menjatuhkan Anwar).


"Betul mahkamah jatuh (keputusan) bersalah (terhadap Anwar) tetapi semua orang tahu ia konspirasi politik," katanya.


Justeru pasca muktamar, Mahfuz berharap pemuda Pas berfikir ulang hujah para pemimpin mereka, apakah layak Pas berterusan dalam arus pemikiran seperti itu.


Menyifatkan pemikiran yang dilontar dalam muktamar sebagai busuk dan berselut Mahfuz mencabar pemimpin muda Pas memikirkan idea yang lebih baik untuk mengambil alih kuasa dalam pilihanraya akan datang selain menggunakan kaedah mencaci atau mencela musuh politik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page