top of page

Pas Jangan Main Politik Isu Banjir Selangor

Updated: 3 days ago



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Selangor telah memulakan serangan terhadap pentadbiran Kerajaan Madani Selangor terkait isu kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di Selangor. Beberapa pimpinan Pas Selangor seperti Pengarah Jabatan Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (Mohamed Suffi Kamari), Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (Mohamed Sukri Omar) dan Pesuruhjaya Pas Selangor (Datuk Dr Ab Halim Tamuri) mempersoalkan kegagalan Kerajaan Madani Selangor menyelesaikan masalah banjir walaupun menerima peruntukan berbilion ringgit daripada Kerajaan Persekutuan.


Projek tebatan banjir era PN bermasalah


Isu ini telah dijawab oleh Setiausaha Politik Menteri Besar (MB) Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad bahawa punca sebenar masalah banjir yang berlaku di Negeri Selangor terutama melibatkan Ijok adalah kerana kegagalan menyelesaikan projek tebatan banjir Sungai Buloh yang sepatutnya siap pada Disember tahun ini.


Projek tersebut dianugerahkan mantan Menteri Alam Sekitar dan Air iaitu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada 2020 kepada kontraktor pilihan kementerian itu, namun hanya mampu diselesaikan sebanyak 70% oleh pihak kontraktor pada ketika ini. Projek tersebut sepatutnya selesai sekitar Mac 2024, bagaimanapun kontraktor berkenaan gagal mengikut jadual yang telah dipersetujui.


Pelabur tidak ragu melabur


Pimpinan Pas Selangor turut membangkit kerisauan terhadap kemungkinan pelabur yang berubah hati untuk melabur di Selangor akibat isu banjir yang bakal mengganggu operasi mereka sehingga menyebabkan kerugian. Namun isu pelaburan di Negeri Selangor juga tidak releven untuk dikaitkan dengan situasi banjir yang melanda pada tahun ini kerana pendedahan oleh Setiausaha Politik MB Selangor menunjukkan bahawa pelaburan di Negeri Selangor untuk suku pertama tahun 2024 meningkat 66.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023.


Angka tersebut membuktikan tidak wujud sebarang keraguan, malah pelabur kini lebih yakin untuk melabur di Negeri Selangor memandangkan kawasan yang dilanda banjir bukanlah kawasan perindustrian utama seperti Shah Alam, Subang Jaya, Kajang, Ampang Jaya dan Petaling Jaya.


Tuntutan Pas dangkal


Perkara terakhir yang cuba dibangkitkan oleh pimpinan Pas Selangor terkait tuntutan agar Kerajaan Madani Selangor membentangkan laporan kemajuan projek tebatan banjir melibatkan dana RM6.3 bilion (tahun 2022) dan RM1.1 bilion (tahun 2023).


Tuntutan yang dibuat terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri ini merupakan tuntutan yang dangkal kerana laporan terhadap kemajuan projek berskala besar akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia setiap tahun. Pelaporan terhadap kemajuan projek tebatan banjir yang menelan belanja berbilion ringgit itu bukanlah di bawah tanggungjawab Kerajaan Madani Selangor, malah menjadi kesalah jika Kerajaan Madani Selangor masuk campur dalam pelaporan perkembangan projek bekenaan kerana ia di luar bidang kuasa yang telah diperuntukkan.


Namun Kerajaan Madani Selangor tetap mengambil tanggungjawab untuk menyelaraskan pembinaan projek tebatan banjir di Negeri Selangor melibatkan kontraktor yang dilantik oleh agensi Kerajaan Persekutuan. Usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Madani Selangor pada Mac 2023 dengan mengadakan lawatan tapak bersama pegawai agensi terlibat di peringkat negeri dan Persekutuan bagi memeriksa punca kelewatan projek tebatan banjir yang telah mula dibangunkan.


Langkah proaktif hasil lawatan tersebut adalah kontraktor diarahkan untuk menyediakan recovery plan bagi meningkatkan prestasi kemajuan di tapak dan Pegawai Penguasa telah mengeluarkan beberapa siri Surat Peringatan dan Amaran agar menyegerakan kerja kepada kontraktor.


Keadaan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Madani Selangor bukanlah pemerintah yang tidak bertanggungjawab dan lepas tangan dalam isu kesejahteraan rakyat namun ada perkara berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri dan perlu kepada proses penyelarasan yang berhemah dan diplomasi.


_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page