top of page

Parti-parti Kerajaan Perpaduan sokong BN bertanding PRK Mahkota



Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan sepakat menyokong Barisan Nasional (BN) bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, Johor pada 29 September ini.


Setiausaha Sekretariat Kerajaan Perpaduan Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataannya berkata majlis itu melantik Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai pengarah pilihan raya kecil itu manakala Ahli Parlimen Sri Gading Aminol Huda Hassan yang juga Pengerusi Amanah Johor sebagai Penyelaras Jentera Pakatan Harapan.


"Menyokong penuh calon Barisan Nasional di PRK Mahkota mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bakal dinamakan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional dalam masa terdekat


"Seluruh jentera parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia terutamanya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan digerakkan sepenuhnya bagi memenangi hati dan sokongan pengundi di DUN Mahkota dari kalangan pelbagai kaum dan agama," kata Asyraf mengenai ketetapan yang diambil oleh mesyuarat majlis tersebut di Sri Perdana, Putrajaya semalam.


Laporan sebelum ini menyebut, UMNO akan menamakan calonnya bagi PRK tersebut pada 7 September ini, seminggu awal dari tarikh penamaan calon pada 14 September ini.


Asyraf Wajdi berkata mesyuarat tersebut menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional kerana memenangi PRK Nenggiri dengan majoriti besar.


"Mesyuarat turut memandang serius isu-isu mengenai 3R (raja, kaum dan agama) dan menegaskan akan menumpahkan taat setia serta terus mempertahankan kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Mesyuarat juga menyetujui seluruh jentera parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan terutamanya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan digerakkan sepenuhnya bagi memenangi hati dan sokongan pengundi di DUN Mahkota dari kalangan pelbagai kaum dan agama.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page