top of page

Parlimen Belia: 'Harap sesi pemilihan lebih terbuka' - Adam Adli



Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abd Halim berharap sesi pemilihan perwakilan ke Parlimen Belia dapat diadakan secara lebih terbuka.


Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyatakan harapan itu susulan kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bahawa Parlimen Belia akan ditampilkan dengan format baharu dengan proses berkenaan dijangka diadakan suku pertama tahun hadapan.


Jelas Adam Adli, menerusi kaedah berkenaan, lebih ramai golongan muda dapat dilibatkan dalam sesi tersebut sekali gus membuka banyak ruang untuk perbahasan.


"Saya kira (golongan muda) yang terpilih untuk mewakili kawasan masing-masing pada Parlimen Belia (boleh) menggunakan peluang berkenaan untuk tajamkan perbahasan.

"Gunakan ruang itu untuk meneroka idea-idea yang boleh membangunkan masyarakat, lebih kritikal, dan yang paling penting adalah tidak perlu terikut-ikut dengan teladan yang tak baik dalam Parlimen biasa," katanya dipetik selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Fit Malaysia Parlimen Hang Tuah Jaya 2024 @ Melaka Wonderland pada Ahad.


Terdahulu media melaporkan, antara rombakan yang akan dilaksana ialah sistem pengundian mirip pilihan raya umum (PRU) serta pencalonan perwakilan akan dipilih dalam kalangan mahasiswa universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara.

Johari juga memberi bayangan jumlah perwakilan Ahli Parlimen Belia akan diperluas kepada 222 anggota berbanding hanya 100 orang ketika ini.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page