top of page

Parlimen Belia: Format baharu dibentang ke Kabinet



Format baharu Parlimen Belia Malaysia dijangka dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat untuk diluluskan.


Perkara itu dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul kepada pemberita selepas menghadiri Program Bual Bicara Parlimen Malaysia dan Kementerian Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di Kuala Lumpur pada Jumaat.


"Kami sedang melakukan fasa akhir penyesuaian (fine-tuning) dan dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan hingga sebulan setengah.


"Mengenai format itu, kita dah ada idea. Kita nak keluar daripada yang pernah dibuat sebelum ini, itu bagus cuma kita rasakan harus ada penambahbaikan," katanya.


Dalam pada itu Dr Johari turut memaklumkan, pilihanraya bagi Parlimen Belia juga masih dalam proses untuk dimuktamadkan dan ia dijangka berlangsung November nanti.


Sehubungan itu mereka yang berusia di antara 18 hingga 35 tahun boleh menyertai Parlimen Belia asalkan mendaftar sebagai pengundi dan calon.

"Dalam pada itu, kerja-kerja naik taraf juga sedang dilakukan di Dewan Persidangan Parlimen Belia termasuk pembaharuan sistem dan pemasangan infrastruktur baharu.


"Kita sedang buat renovasi dan kita banyak melabur untuk Parlimen Belia termasuk sistem wiring serta keseluruhan sistem di dalam dewan tersebut," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page