top of page

Paralimpik Paris: PM Anwar ucap tahniah kepada Bonnie



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin susulan kejayaan beliau menyumbang pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.


Menerusi hantaran di aplikasi X, Anwar turut berkongsikan rasa bangga dengan pencapaian Bonnie yang turut berjaya melakar sejarah baharu dengan memecahkan rekod dunia yang menurutnya luar biasa.


"Kita beroleh pingat emas kedua di #Paralympic2024 dan lebih membanggakan, saudara Bonnie Bunyau berjaya memecahkan rekod dunia!!


"Tahniah! Pencapaian saudara luar biasa!," katanya.


Bonnie, menghadiahkan pingat emas kedua buat kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024 setelah meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) lelaki di Porte de La Chapelle Arena pada Jumaat selepas berjaya melakukan angkatan seberat 232kg sekali gus memadam rekod dunia miliknya iaitu 231kg.


Bonnie yang turut dikenali sebagai badang kerdil Sarawak turut meraih pingat emas dalam penampilan sulungnya di Sukan Paralimpik Tokyo pada tahun 2020, sekali gus menjadikannya pemenang pingat emas berganda sukan berprestij dunia itu.


Pada Isnin, pemain badminton, Cheah Liek Hou merangkul emas pertama negara dalam perseorangan lelaki SU5 (cacat badan atas).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page