top of page

Papan tanda iklan: Hormat bahasa kebangsaan, tidak tindas bahasa lain



Isu tindakan penguat kuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas papan tanda yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan saiz huruf yang betul tidak sewajarnya menjadi polemik yang membazirkan masa.


Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, isu berkenaan tidak perlu membuang masa sidang Dewan Rakyat dengan perbahasan yang bertele tele dan tidak mendatangkan keuntungan kepada sesiapa.


"Dasar dan penguat kuasaan DBKL terhadap papan tanda tidak menekan apa-apa bahasa lain, jauh lagi untuk melarang kepenggunaan bahasa-bahasa lain, termasuk pelbagai bahasa ibunda di Malaysia.


"Kita perlu sedar bahawa pihak berkuasa sekadar menguat kuasakan Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang antara lain mengkehendaki semua iklan dalam bahasa rasmi dan boleh juga dalam apa-apa bahasa lain selaras dengan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


"Berdasarkan undang-undang kecil itu, huruf bagi perkataan dalam bahasa kebangsaan hendaklah diberi keutamaan dan bersaiz lebih besar daripada huruf atau tulisan perkataan bahasa lain untuk papan tanda iklan premis perniagaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Chean Chung menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa perniagaan Cina yang menggunakan Bahasa Cina banyak dikenakan tindakan oleh DBKL.


Katanya, tindakan bukan mensasarkan Bahasa Cina sahaja, malah papan iklan Bahasa Nepal, Bahasa Bangladeshi dan bahasa lain yang tidak mematuhi undang-undang turut diambil tindakan.


Katanya, peniaga yang inginkan logo dalam bahasa mereka besar dan menyerlah, mereka boleh tanda dagangankan (trademark) logo mereka.


"Inilah pendekatan kerajaan yang mewujudkan suasana perniagaan yang kondusif, di samping memberikan ruang kepada perkembangan bahasa-bahasa lain tapi tidak berkrompomi dengan kepenggunaan bahasa rasmi kita.


"Tidak kira menjalankan bisnes di mana-mana negara, pemilik bisnes sudah tentu akan fahami peraturan tempatan, dan ikut apa akta atau peraturan yang ditetapkan di negara atau kawasan tersebut," katanya.


Dalam pada itu, beliau sedih kerana perkara remeh temeh itu diungkit oleh 'seorang tua', yang ayatnya tidak ditulis dalam Bahasa Melayu, dan dengan corak pemikiran yang tuanya, masih boleh mencetuskan polemik di kalangan pimpinan parti tertentu.


Katanya, kalau rakyat menari ikut rentak orang tua dengan sifat tuanya, maka kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang berisiko mundur ke belakang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page