top of page

Pang Sock Tao tekad selesai segera masalah penduduk KKB



Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu yang baharu, Pang Sock Tao tekad memberi perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan semua penduduk di DUN Kuala Kubu Bharu (KKB).


Bercakap dalam satu sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Kubu Bharu malam tadi, Sock Tao berjanji untuk berusaha keras menyelesaikan secepat mungkin isu-isu mendesak di kawasan itu dan akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kepada semua.


"Saya adalah wakil rakyat penduduk di Kuala Kubu Bharu tidak kira bangsa, agama dan latar belakang politik.


"Perkara yang saya akan lakukan pada hari pertama berkhidmat sebagai wakil rakyat di KKB adalah saya ingin mendengar dan menyelesaikan masalah yang mendesak daripada penduduk di KKB.


"Saya akan bekerjasama bergerak sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan masalah tempatan bagi menjamin kesejahteraan rakyat di KKB," katanya dipetik.


Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin; Pengarah Pilihan Raya Kuala Kubu Baharu dan beberapa pimpinan Kerajaan Perpaduan.


Sock Tao mengalahkan pencabar terdekatnya dari Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari dengan kelebihan 3,869 majoriti undi.


DUN Kuala Kubu Bharu mempunyai seramai 40,413 pengundi berdaftar , peratusan keluar mengundi yang direkodkan semalam adalah sebanyak 61.51 peratus


Sementara itu ditanya pemberita sama ada beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu sebagaimana janjinya ketika berkempen sejak 14 hari lalu, Sock Tao berkata akan menunaikan janji itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page